Ahad, 9 September 2012

Misi utama APS untuk menangkan Pakatan – Wilfred

Oleh Masdar Wahid

SABAH 7 September: Misi utama penubuhan Angkatan Perubahan Sabah (APS) bagi membantu Pakatan Rakyat (Pakatan) membentuk Kerajaan Persekutuan baru pada Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang, kata Pengerusinya, Datuk Seri Wilfred Bumburing.

Beliau turut menafikan dakwaan pihak tertentu kononnya APS akan memonopoli calonnya bagi mewakili Pakatan pada PRU akan datang.

“Tidak perlu bagi saya atau mana-mana pemimpin APS menjadi calon kerana kami pasti pemimpin semasa dari kalangan komponen Pakatan mampu dan bersedia untuk diletak sebagai calon dalam PRU.

“Bagaimanapun APS bersedia mencadang beberapa nama untuk dipertimbang sebagai calon,” Katanya dalam satu kenyataan.

Mengakui PRU ke-13 sengit, APS ketika ini juga kata Wilfred giat menyatukan bekas penyokong BN Sabah untuk menyertai Pakatan.

“Kita akan pastikan pembangkang Sabah bersedia berdepan BN kerana Pakatan mempunyai kelebihan termasuklah kegagalan BN menyelesai masalah penduduk Sabah walaupun diberi peluang sebagai kerajaan sekian lama,” kata Wilfred lagi.

12 ulasan:

Unknown berkata...

Bukan mudah untuk melakukan semua itu. Jadi kita lihat saja sendiri nanti bagaimana APS ini dapat membantu Pakatan.

Unknown berkata...

Kalau kita lihat pun APS ini masih baru. Macammana mereka ingin membantu sedangkan APS sendiri tidak dikenali langsung.

mantera berkata...

kenapa APS tak bantu parti tempatan, nak jg bantu pakatan.

Mumbai berkata...

"isi utama penubuhan Angkatan Perubahan Sabah (APS) bagi membantu Pakatan Rakyat (Pakatan) membentuk Kerajaan Persekutuan"

kalau APS bantu Pakatan di semenanjung saya sangat setuju.. tapi kalau APS bantu Pakatan di Sabah, itu untuk bentuk kerajaan persekutuan atau kerajaan negeri?? kenapa tidak bantu saja pembangkang tempatan??

Mumbai berkata...

saya rasa mungkin wilfred sudah termakan janji Anwar yang kemungkinan besar telah menjanjikan jawatan TPM kepada beliau.. sebab itu dia lebih rela menyokong parti luar dari parti pembangkang tempatan..

Mumbai berkata...

"Tidak perlu bagi saya atau mana-mana pemimpin APS menjadi calon ..."

"Bagaimanapun APS bersedia mencadang beberapa nama untuk dipertimbang sebagai calon,"

kejap cakap tidak perlu jadi calon, kejap cakap bersedia mencadangkan nama.. bercelaru sangat agaknya fikiran wilfred ketika buat kenyataan ni..

Anak Sabah berkata...

Harap APS bukan hanya keluar saja bila dah dekat PRU tapi hilangkan diri lepas PRU.

Anak Sabah berkata...

Kini Pakatan mengalami masalah berikutan dengan keputusan Lajim menubuhkan parti baru walaupun dah dijanjikan kuasa dalam parti.

Anak Sabah berkata...

Tindakan DSAI dah memberikan kuasa kepada Lajim dan Bumburing dalam pelantikan calon, ramai pemimpin akar umbi PKR merasa cemas dan kurang gembira.

Anak Sabah berkata...

Mungkin kali ini DSAI tersilap pengiraan, beliau ingat Lajim akan menjadi satu asset kepada PKR, tapi Lajim cuma menganggap PKR sebagai tayar simpanan.

Anak Sabah berkata...

Kita tunggu dan lihat sajalah apa yang berlaku dalam Pakatan Rakyat nanti.

Tanpa Nama berkata...

Jangan pula lepas tu jasa APS kepada Pakatan dilupakan pula. Sia2 saja tolong.