Jumaat, 28 September 2012

Lagi tahanan ISA bebas, dihantar ke Indonesia

 
MALAYSIA KINI



 
Seorang lagi tahanan Akta Keselamatan dalam Negeri (ISA) Mustawan Ahbab dibebaskan daripada Kem Kamunting pada 25 September lalu dan dihantar ke negara asal Indonesia pada hari yang sama, kata Gerakan Mansuhkan ISA (GMI).

NGO anti tahanan tanpa bicara itu berkata, perkara itu disahkan oleh kakak Mustawan di Jakarta ketika dihubungi GMI hari ini.

NONEPengerusinya Syed Ibrahim Syed Noh (kiri) berkata, Mustawan ditahan pada 2010 setelah didakwa terlibat dengan Jemaah Santri Melayu yang berpusat di Indonesia, walaupun republik itu tidak menganggapnya sebagai pengganas yang diburu.

Sehingga kini, 29 orang masih ditahan di Kamunting. Daripada jumlah itu, 12 tahanan warganegara tempatan dan 17 warga asing.

"GMI juga mengulangi desakan agar kerajaan Malaysia khususnya menteri dalam negeri segera membebaskan 29 orang tahanan yang lain.

"Kerajaan Malaysia tidak seharusnya menggunakan tahanan ISA sebagai senjata politik dengan pembebasan berperingkat dan terpilih," kata Syed Ibrahim.

Tiada ulasan: