Jumaat, 28 September 2012

Lagenda bola sepak negara Ghani Minhat meninggal dunia


KUALA LUMPUR— Lagenda bola sepak negara sekitar tahun 1950-60'an, Tan Sri Abdul Ghani Minhat menghembuskan nafas terakhirnya pada 10 pagi tadi di Institut Jantung Negara (IJN).

Allahyarham pada beberapa hari lalu baru sahaja selesai menjalani pembedahan pintasan jantung di IJN.

Dikenali sebagai "Raja Bola Malaysia", Allahyarham berusia 76 tahun pernah memegang rekod bersama skuad kebangsaan dengan jaringan 106 gol dalam 15 perlawanan dan menjaringkan 11 gol semasa membelasah Filipina 15-1 pada Ogos 1962.

Allahyarham dilahirkan pada 23 Disember 1935 di Kampung Solok, Negeri Sembilan.

Tiada ulasan: