Isnin, 3 September 2012

Ketua Umno Bahagian Kelantan Disiasat SPRM?

MSO

Masih belum terbahar luas lagi seorang ketua Umno di sebuah bahagian di Kelantan dikatakan sedang disiasat SPRM berhubung pemilikan wang sebanyak lebih RM10 juta. Cerita ini sudah kedengaran dalaman parti berkenaan namun ia masih disembunyikan demi menjaga maruah parti berkenaan.

Ketua bahagian berkenaan dikatakan mempunyai beberapa akaun berasingan. Pengumpulan wang sebanyak itu dilakukan dalam tempoh empat tahun.

Apa yang menjadi persoalan dan meragukan, ketua bahagian berkenaan tidak diketahui menjalankan apa-apa perniagaan besar untuk membolehkan beliau memiliki wang sebanyak itu baik sama ada di Kelantan atau pun di luar Kelantan.

Berhubung siasatan SPRM ini pihak musuh Umno juga masih belum mengetahuinya. Sudah pasti cerita yang dianggap sensasi ini akan tersebar juga menjelang pilihan raya akan datang.

Ketua Umno bahagian juga beriya untuk menjadi calon dalam pilihan raya dan sedang melobi agar namanya dicalonkan. Sudah tentu dengan berita ini ia boleh menjejaskan peluang ketua Umno bahagian

Tiada ulasan: