Selasa, 11 September 2012

Kenyataan Abdul Hadi hanya retorik politik

Wartawan Sinar Harian

Hasan Mohamed Ali
Hasan Mohamed Ali 
 
SHAH ALAM - Kenyataan Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang bahawa bekas Timbalannya Nasharudin Mat Isa kekal sebagai ahli Pas dan ahli Majlis Syura adalah retorik politik semata-mata.

Bekas Pesuruhjaya Pas Selangor, Datuk Dr Hasan Mohamed Ali mendakwa, tidak mungkin sepanjang mesyuarat itu berlangsung, isu kedudukan Nasharudin tidak disentuh, walaupun ia menjadi sebutan, sejak bulan lalu.

“Perkembangan ini adalah kemenangan moral buat Nasharudin, golongan ulama dan pemimpin muda dalam parti itu.

"Mereka boleh keluar pendapat dan pandangan dalam isu yang berkaitan dengan Islam, terutama yang menjadi pertikaian dalam komponen Pakatan Rakyat (PR) iaitu DAP dan PKR,” katanya kepada Sinar Harian, semalam.

Beliau berkata demikian ketika mengulas kedudukan Ahli Parlimen Bachok itu yang masih kekal sebagai ahli Pas kerana Mesyuarat Majlis Syura yang berlangsung kelmarin tidak membincangkan isu berkenaan.

Tiada ulasan: