Rabu, 5 September 2012

Kedah nafi mesyuarat Exco di hospital

MOHAMAD FAKHRI MOHD ALI

Azizan Abdul Razak
Azizan Abdul Razak

ALOR SETAR - Kerajaan Negeri menafikan mesyuarat mingguan Exco yang tertangguh akan dibuat hari ini di Pusat Perubatan Kedah (KMC) yang mana Menteri Besar, Datuk Seri Azizan Abdul Razak sedang menerima rawatan di hospital swasta berkenaan.

Pegawai Khas (Penerangan) kepada Menteri Besar, Teh Kok Soo berkata, mesyuarat Exco akan diadakan di Wisma Darul Aman seperti biasa.

Beliau berkata, desas desus kononnya mesyuarat Exco akan diadakan di hospital adalah sesuatu yang mustahil.

“Walaupun doktor membenarkan Menteri Besar, Datuk Seri Azizan Abdul Razak menghadiri mesyuarat exco esok (hari ini), namun kita perlu perhatikan keadaan semasa kesihatannya.

“Beliau akan hadir pada mesyuarat Exco esok (hari ini) jika keadaan kesihatannya baik. Tetapi kalau keadaannya kurang baik, mungkin beliau tidak akan hadir,” katanya kepada Sinar Harian semalam.

Sebelum ini, Setiausaha Agung Pas, Datuk Mustafa Ali berkata Azizan telah dinasihatkan doktor agar berehat dan akan memanggil mesyuarat Exco dalam waktu terdekat, yang akan diadakan di hospital.

Mustafa yang sebelum itu melawat Azizan hanya mengalami keletihan, keadaan yang tidak perlu dibimbangi rakyat Kedah dan ahli-ahli Pas sendiri.

Kali terakhir Azizan mempengerusikan mesyuarat Exco ialah pada Ahad, 5 Ogos (16 Ramadan). Sabtu lalu, Azizan yang kelihatan semakin pulih dilihat menghadiri Majlis Rumah Terbuka Pas Kedah, Sabtu lalu.

Tiada ulasan: