Hasil
siasatan audit bebas mendapati kerajaan Selangor membuat keputusan
komersil yang baik dengan melakukan penyusunan semula hutang antara
Talam Corporation dan kerajaan negeri.
Menteri Besar Selangor, Tan Sri
Abdul Khalid Ibrahim berkata, hasil semakan KPMG Transaction &
Restructuring Sdn Bhd (KPMG) iaitu sebuah firma audit bebas turut
mendapati kerajaan negeri melaksanakan kutipan hutang bernilai RM392
juta daripada Talam dengan tertib serta mengikut undang-undang.
“Penyelesaian
hutang ini dilaksanakan menerusi penyelesaian aset melibatkan sembilan
plot tanah, dua hartanah, 60 peratus saham dalam anak syarikat Talam
serta tunai. Perjanjian penyelesaian dengan Talam ini adalah
semata-mata bertujuan mengutip hutang.
“Proses
penyelesaian hutang ini masih berterusan dan berdasarkan maklumat yang
ada, anggaran nilai kasar mencukupi untuk Pemerbadanan Menteri Besar
(MBI) sebagai pihak yang bertanggungjawab mengutip hutang bagi pihak
kerajaan negeri dan anak-anak syarikat – mendapatkan semua hutang
daripada Talam tanpa memberi sebarang pengecualian,” katanya pada
sidang media di Bangunan SUK di sini, Rabu.
Hadir sama pada sidang media itu ialahPengarah Eksekutif Unit Advisory KPMG,Chan Siew Mei.
Menurut Abdul Khalid, laporan lengkap semakan KPMG sedia dibentangkan di Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor pada sesi persidangan November depan.
Menurut Abdul Khalid, laporan lengkap semakan KPMG sedia dibentangkan di Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor pada sesi persidangan November depan.
Selain itu
Abdul Khalid berkata, kerajaan Selangor sebelum ini mengadakan dua
perjanjian penyelesaian dengan Talam yang bertujuan mengutip semula
hutang sebanyak RM392 juta yang dihutang kepada kerajaan negeri dan
anak-anak syarikatnya.
Dalam pada
itu Abdul Khalid sekali lagi menegaskan kontroversi yang dibangkitkan
Ketua Biro Muda Profesional MCA, Datuk Chua Tee Yong bahawa kerajaan
negeri melakukan bailout hutang Talam bernilai RM1 bilion adalah tidak
benar.
“Proses ini bukan bailout. Hasrat kerajaan negeri ialah mendapatkan semula hutan Talam.
“Pemulihan
ini secara jelas bermaksud mengutip hutang daripada pemiutang yang
menjadi hak pemberi hutang (kerajaan negeri). Urusniaga antara Talam
dan kerajaan negeri adalah situasi pemulihan hutang. Kerajaan negeri
mengambil alih aset Talam dan menjualnya bagi mendapatkan semula hutang
yang menjadi milik kerajaan negeri,” katanya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan