Khamis, 6 September 2012

Himpunan Janji Merdeka bukan program Pakatan’

 
Beliau menegaskan, tidak wujud sambutan kemerdekaan Pakatan Rakyat atau Pakatan menganjurkan sambutan yang berbeza. 



PETALING jAYA: Naib Presiden PKR Tian Chua berkata, Himpunan Janji Merdeka pada malam 31 Ogos lalu dianjurkan oleh NGO-NGO dan bukan program Pakatan Rakyat.

Beliau menegaskan, tidak wujud sambutan kemerdekaan Pakatan Rakyat atau Pakatan menganjurkan sambutan yang berbeza.

Bagaimanapun, ahli Parlimen Batu mengakui wujud perbezaan menyambut merdeka antara negeri Pakatan Rakyat dengan negeri-negeri lain.

“Tetapi tidak wujud sama sekali sambutan Pakatan Rakyat. Yang ada negeri Pakatan Rakyat sambut mengikut negeri . Johor beza dengan Pahang, Sarawak beza dengan Sabah, Penang beza dengan Selangor.

“Itu anjuran negeri masing-masing. Tidak wujud sambutan Pakatan Rakyat anjur majlis yang berbeza,” katanya.

Mengulas tindakan individu yang didakwa membawa bukan bendera Malaysia,  Tian Chua, berkata, biar pihak polis menjalankan siasatan.

“Kalau betul Sang Saka itu satu kesalahan, kalau betul biarlah dakwa dalam mahkamah,” tambahnya dalam program bual bicara Mobtv.

Tiada ulasan: