Khamis, 27 September 2012

(Gambar) Idham Bin Zulkifli : Hina Nik Aziz & Sunnah Nabi? Apa Respon Anda?

Staff Berita Semasa
 
Hina Nik Aziz (Gambar) Idham Bin Zulkifli : Hina Nik Aziz & Sunnah Nabi? Apa Respon Anda?

Gambar ini dihantar seorang pengirim email Berita Semasa. Pandangan pertama agak terperanjat juga. Tetapi apabila kami melihat  laporan yang pernah dikeluarkan oleh Berita Semasa sebelum ini, kami sudah tidak hairan lagi. Malah kami menjangkakan ada lebih banyak gambar-gambar yang lebih terusk seperti ini pada masa-masa akan datang, kerana….Tindakan individu yang bernama Safuan Hilmi tiada sebarang tindakan susulan. Tahu-tahu terlepas begitu sahaja….
Mungkin disebabkan itulah, rakyat Malaysia hari ini dilihat semakin berani. Kami tidak pasti apa yang bermain difikiran individu yang bernama Idham Bin Zulkifli ini dan mengapa beliau tergamak bertindak sedemikian rupa. Semakan kami mendapati link profil Facebook sudah pun tiada.
Tindakan beliau dilihat menghina sunnah nabi :
  • Rasulullah SAW menyuruh umatnya menjilat jari dan pinggan sesudah makan. Baginda SAW bersabda: “Sesungguhnya kamu tidaklah mengetahui (bahagian) manakah (makanan kamu) yang mengandungi keberkatan.” (HR Muslim)
  • Di dalam hadis lain menyebut: “Apabila salah seorang kamu makan suatu makanan, maka janganlah dia menyapu tangannya (dengan sapu tangan) sehingga dia menjilatnya atau makanan itu dijilatkan.” (HR Bukhari)
Apabila kita menghirup, menghabiskan sisa makanan, menjilat jari, bahkan menjilat pinggan sekalipun adalah merupakan sunnah Rasulullah SAW. Jikalau tidak suka sekalipun, janganlah samakan manusia iaitu makhluk yang paling mulia di sini Allah itu dengan babi.

Sebenarnya tidak kiralah dipihak mana sekalipun, apa fahaman politik dan ideologi politik anda sekalipun perbuatan seperti ini tidak wajar. Begitu juga, seingat kami apabila gambar Perdana Menteri Malaysia diubahsuai menjadi sami suatu ketika dahulu dan pelbagai lagi gambar-gambar yang tidak senonoh dan tidak sepatutnya dilakukan. Seperti mana tindakan, isu pijak dan membontotkan gambar Najib Razak + Rosmah Mansor yang mendapat liputan media arus perdana dan tindakan pantas pihak berkuasa. Tindakan individu tersebut pun kami tidak bersetuju.

Benda sebengini tak seharusnya berlaku, bukan setakat pemimpin tetapi kepada pelbagai lapisan masyarakat yang lain.

P/S :  Adakah bakal ada pasukan siasatan khas ditubuhkan?? Adakah tangan Idham Bin Zulkifli ini bakal digari…seperti mana layanan terhadap kes ………….. baru-baru ini. Ehem….

Tiada ulasan: