Rabu, 26 September 2012

43% Miliki 2 Buah Rumah!! Bajet 2013: Tolong Longgarkan Beli Rumah Ke-3!! Anda Setuju?

 Staff Berita Semasa 
 
Bajet 2013 Beli Rumah 43% Miliki 2 Buah Rumah!! Bajet 2013: Tolong Longgarkan Beli Rumah Ke 3!! Anda Setuju?

Bajet 2013 Beli Rumah Ke-3 : Baru-baru ini iProperty (portal hartanah) ada buat kaji selidik yang menunjukkan di sini 98% peratus daripada penduduk Klang Valley sendiri bimbang dengan kenaikan harga hartanah melebihi daripada kemampuan mereka. Bagaimana pula dengan anda?

Hasil Daripada Kajian iProperty

Menurut laman portal hartanah berkenaan, walaupun Bank Negara Malaysia (BNM) telah memperkenalkan peraturan baru pembiayaan berhemah awal tahun ini, namun :
  • Hanya 54 peratus sahaja responden percaya tindakan Bank Negara Malaysia (BNM) telah memperkenalkan peraturan baru dengan mengetatkan pinjaman bermula awal tahun berjaya mencapai matlamat. Apa pula kata anda?
  • Lebih 43 peratus responden memiliki dua buah rumah atau lebih, manakala 25 peratus responden masih gagal memiliki walaupun sebuah rumah. Anda di kelompok yang mana satu?

Bajet 2013 : Melonggarkan Syarat Pinjaman Pembelian Rumah Ketiga

Dan sekarang pelbagai pihak telah tampil memberikan usul dan cadangan supaya dapat “membela nasib pihak disebelah mereka”. Terbaru, beberapa syarikat pemaju termasuklah UEM Land, Kumpulan Emkay dan lain-lain di Cyberjaya sudah mula “mengadu nasib” dengan kerajaan supaya melonggarkan syarat pinjaman khususnya untuk pembelian rumah ketiga bagi membolehkan lebih ramai melabur dalam bidang hartanah seterusnya merangsang pertumbuhan sektor hartanah negara. Itu kata mereka.
  • Merangsang ekonomi? Betul ker ni? Sebenarnya usul dan cadangan seperti ini dipanggil sebagai “menjaga tembolok sendiri”
  • Bukannya mengekang buble, malah bakal menambah apa yang dipanggil sebagai “property bubble”
  • Bagaimana dengan nasib golongan yang tidak mempunyai rumah, pernah mereka fikirkan?
Bagi kami mereka ini hanya mampu bermimpi di siang hari dengan membuat permintaan seperti itu. Tetapi tiada yang mustahil jika ada “kuasa yang luar biasa” membenarkannya. Ehem….Sebabnya yang beli hartanah yang bernilai tinggi ini adalah “orang-orang itu” juga.
Tanya kami? Betul….kalau mahu ikutkan sifat tamak memang suka cadangan sebegini rupa, secara jujurnya kami bersetuju pada awalnya. Tetapi jikalau diperhatikan secara teliti cadangan seperti ini, ia lebih memberikan keburukan daripada kebaikan untuk tempoh jangka masa panjang.

Pinjaman Rumah Ketiga 43% Miliki 2 Buah Rumah!! Bajet 2013: Tolong Longgarkan Beli Rumah Ke 3!! Anda Setuju?  

Kelonggaran jumlah pembiayaan akan menyebabkan harga rumah akan terus naik. Sebab? Sudah ada kelonggaran. Misal kata kami tidak menggunakan kelonggaran ini, ramai lagi yang akan menggunakan peluang keemasan seperti ini untuk mengumpulkan lebih banyak portfolio hartanah mereka. Akhirnya, pemaju senyum sehingga ke telinga manakala yang berpendapatan rendah dan serdahana yang pendapatan ala-ala cukup makan yang mampu memandang sahaja.
“Kalau nak longgarkan seperti yang diminta, keadaan ekonomi negara akan menjadi tidak sihat kelak”
Jadi, sangat-sangat tidak setuju. Jurang yang kaya dengan yang berpendapatan rendah semakin meningkat. Walaubagaimanapun, boleh dilonggarkan TETAPI dengan syarat :
  1. Harga rumah tersebut mestilah bernilai RM500,000 ke atas
  2. Ini kerana ada sesetengah pelabur yang beli 3/4 biji rumah kos rendah/sederhana bernilai antara (RM100k – RM300k) yang mana ini tidak adil kerana menidakkan peluang rakyat marhaen lain. Kalau yang berkemampuan “terlebih” itu bolehlah membeli hartanah yang bernilai tinggi pula. Tiada masalah..
Sempena pembentangan Bajet 2013 kami ada beberapa cadangan untuk membendung harga rumah di Malaysia dan ia tidaklah sesukar mana. Contohnya, apa yang perlu dilaksanakan ialah :
  1. Kenaikan RPGT 30% – 40% untuk hartanah yang dijual bawah daripada tempoh 5 tahun. Kenaikan harga hartanah kediaman berpunca daripada pembelian spekulatif. Apabila kerajaan melonggarkan cukai keuntungan harta (RPGT) ekoran krisis ekonomi, ia mencetuskan aktiviti spekulatif yangmeningkatkan harga menjadi semakin lebih tinggi. Sedangkan RPGT sebelum 2007 adalah 30 peratus untuk mereka yang menjual hartanah mereka dalam tempoh setahun pembelian.
  2. Kerajaan mesti hadkan pembelian secara pukal oleh syarikat-syarikat hartanah ini daripada bolot semua rumah/lot kedai di kawasan perumahan baru, kemudian mereka letakkan iklan untuk dijual dengan harga yang lebih tinggi. Bila ada individu yang benar-benar nak beli, pemaju kata dah habis. Hakikatnya sold out kepada geng-geng hartanah. Penyudahnya, geng-geng hartanah buat untung atas angin dengan jual semula rumah-rumah tersebut dengan harga yang lebih tinggi. Inilah yang dinamakan manipulasi. Dan manipulasi sebegini perlu dihentikan segera
  3. Tarik balik pengecualian cukai RM10,000 daripada cukai pendapatan
  4. Hadkan tempoh pinjaman rumah setakat 25 tahun sahaja.Ini ada yang kami tengok sehingga 40 tahun pun khas untuk kakitangan kerajaan. Agak-agaknya kalau boleh dipanjangkan kepada 3 generasi (70 tahun) pun mereka akan buat. Tidak mustahil.
  5. Pemilikan rumah oleh warga asing ditutup buat masa ini
  6. Akhirnya sekali, kerajaan perlu sediakan satu mekanisme dengan mengetatkan syarat rumah untuk PR
  7. Anda ada cadangan untuk ditambah di sini??? (Sila kongsikan di ruangan komen di bawah)
  8. Atau ada yang tidak bersetuju dengan cadangan kami, dipersilakan berkongsi pandangan anda pula?
Hartanah Klang Valley 43% Miliki 2 Buah Rumah!! Bajet 2013: Tolong Longgarkan Beli Rumah Ke 3!! Anda Setuju?

Diharapkan pihak kerajaan dalam pembentangan Bajet 2012 ada mekanisme yang sesuai dengan mengenakan syarat supaya spekulator-spekulator ini tidak ambil jalan mudah untuk mengaut keuntungan secara berlebihan. Seperti mana yang dilaungkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak :
“Rakyat didahulukan/diutamankan, Pencapaian diutamakan”
Ini semua dilakukan dengan harapan harga rumah dapat berada pada paras stabil semula dan sebenarnya perkara ini mengambil masa tetapi jika kita tidak bermula sekarang, adakah kita perlu untuk terus menunggu seperti apa yang terjadi kepada hartanah di Sepanyol, baru kita mahu melatah?

P/S : Disebabkan NPL (pinjaman tak berbayar) yang tinggi melibatkan pinjaman-pinjaman bernilai rumah bernilai RM100,000 akhirnya bank-bank bertindak mengetatkan lagi pinjaman untuk lingkungan nilai ini berbanding rumah yang berharga RM100,000 dan ke atas. Kasihan mereka yang berpendapatan rendah dan cukup makan sahaja. Sedangkan golongan inilah yang sepatutnya dibantu..

Tiada ulasan: