Ahad, 26 Ogos 2012

‘Surat saya menyebabkan Pak Lah, Najib jadi PM’

 
Bagaimanapun, Umi Hafilda kecewa Pak Lah menggantung keahliannya sebagai ahli Umno Gombak.



PETALING JAYA: Ahli perniagaan, Umi Hafilda Ali mendakwa Datuk Seri Najib Tun Razak dan Tun Abdullah Ahmad Badawi menjadi Perdana Menteri kerana sepucuk surat yang ditulisnya kepada Tun Dr Mahathir Mohamad pada 2008.

“Kalau saya tidak tulis surat tersebut sudah tentu Datuk Seri Anwar Ibrahim akan menjadi Perdana Menteri.

“Tetapi kerana sepucuk surat saya kepada Dr Mahathir mengenai perilaku Anwar, mereka berdua (Abdullah  dan Najib) telah menjadi Perdana Menteri,” katanya.

Bagaimanapun, Umi agak kecewa kerana kedua-kedua pemimpin besar itu seolah-olah telah melupakan jasanya.

Katanya, Abdullah telah menggantung keahlian Umno beliau dari sebuah cawangan di Gombak.
“Itu yang menyebabkan saya marah sangat kepada Pak Lah,” katanya.

Bagaimanapun, adik kepada Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali menjelaskan penggantungan keahliannya telah ditarik balik.

“Mana mungkin Najib tidak ingat dalam perjuangan saya yang menyebabkan saya dimaki hamun dan ditohmah dengan pelbagai tohmahan semata-mata kerana saya melawan Anwar,” katanya.

Mana menteri?

Namun, Umi  juga meluahkan rasa kecewa Umno tidak membantunya berkempen menentang Azmin dan Anwar sebagaimana yang dilakukan sekarang.

“Mana menteri, mana wakil-wakil rakyat yang turun berceramah menjelaskan kepada rakyat mengenai pembohongan Anwar dan Azmin,” katanya lagi.

Umi juga mendakwa, ceramahnya lebih berjaya dari pemimpin Umno lain kerana dibanjiri ribuan orang setiap kali diadakan.

“Ceramah saya di Besut (Terengganu) dihadiri 10, 000 orang, manakala di Pasir Putih (Kelantan) di kawasan pembangkang dihadiri 8, 000 orang.

“Mana ada pemimpin Umno yang boleh mengadakan ceramah seperti saya,” kata Umi lagi.
Dalam pada itu, Umi menafikan beliau melakukan semua itu kerana diarah oleh Umno.

Menurutnya, jika semua yang dibuat kerana arahan Umno sudah tentu Dr Mahathir membantunya semasa ditahan di dalam lokap  dahulu.

Umi mendakwa beliau ditahan oleh anggota polis atas arahan Anwar setelah beliau mendedahkan aktiviti pemimpin PaKatan Rakyat itu kepada Dr Mahathir.

7 ulasan:

Unknown berkata...

Tidak tahu setakat mana kebenaran dengan kata-katanya ini.

Hinamori berkata...

Tengah2 dekat PRU13 tetiba pula Umi ni sibuk. Dan isu2 yang dibangkitkan oleh Umi.

Hinamori berkata...

Besar sangat ke pengaruh si Umi ni sehinggakan bekas PM Pak Lah dan PM Najib boleh menjadi PM.

Bujang Senang berkata...

Rasanya tidak juga, kalau benar itu rezeki mereka jadi tidak akan kemana juga.

mantera berkata...

Pak lah dan Najib jadi PM kerana kebolehan mereka. tak ada kaitan dngn Umi.

Mumbai berkata...

pergh! boleh tahan juga surat umi hafilda ni.. terus jadi PM.. kenapa tidak buat surat untuk dia sendiri? mana tau boleh jadi PM juga..

Mumbai berkata...

pejuang sebenar ialah pejuang yang tidak mengharapkan balasan.. so berjuanglah dengan ikhlas..