Khamis, 9 Ogos 2012

RM100,000 untuk keluarga Loga Alleycats

 
Salhan K Ahmad


 
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak hari ini mengumumkan bantuan sebanyak RM100,000 kepada keluarga mendiang Loganathan atas kemalangan yang menimpa keluarga pengasas kumpulan Alleycats itu malam tadi.

NONENajib berkata, isteri Loganathan (kanan) kini berada dalam keadaan sedih atas kehilangan harta benda mereka dalam kebakaran tersebut.

"Sebagai menghargai jasa mendiang kepada budaya kita dan semangat 1Malaysia, Yayasan 1MBDB akan beri RM100,000 kepada keluarga mendiang.

"Ini sebahagian dari sumbangan, budi kepada mereka yang banyak berjasa melalui profesion menyanyi dan menyumbang kepada pembentukan negara bangsa," katanya.

Najib yang merupakan pemangku menteri pembangunan wanita keluarga dan masyarakat berkata demikian dalam ucapannya di program Karisma Ramadan anjuran kementerian itu di Pusat Dagangan Dunia Putra hari ini.

Dalam program itu, kementerian berkenaan mengedarkan bantuan berjumlah hampir RM40,000 kepada sejumlah 1,145 orang penerima yang hadir.

Tiada ulasan: