Khamis, 2 Ogos 2012

Projek sambungan LRT Ampang bukti Najib sayang kroni, tetap tidak telus

Roketkini.com




KUALA LUMPUR:  Anugerah kontrak RM1.18 billion untuk Projek Laluan Sambungan Ampang kepada syarikat kroni George Kent-Lion Pacific (JV) mengesahkan  Program Transformasi Kerajaan Najib Razak tidak telus dan sekadar retorik serta propaganda semata-mata.

Menurut Setiausaha Publisiti DAP Kebangsaan, Tony Pua, persoalan yang timbul ialah mengapa anugerah kontrak RM1.8 billion ini diberikan kepada syarikat tersebut walaupun ia gagal memenuhi penilaian teknikal dan komersial seperti pada kontrak.

Katanya, syarikat George Kent bukanlah pemaju atau syarikat pembinaan kerana ia hanya pangilang dan pembekal “peralatan kawalan, paip, injap dan pemasangan, telemetri, meter air perindustrian dan domestic, dandang pemanas” termasuk “pengilang polister bertetulang gentian kaca”.

“Paling memburukkan keadaan, syarikat George Kent cuma mendapat keuntungan bersih RM19.3 juta bgi pendapatan keseluruhan sebanyak RM152 juta pada 31 Januri 2012.

“Atas alasan apakah Datuk Seri Najib Razak menganugerahkan RM1.18 billion kontrak kepada syarikat yang mempunyai pendapatan yang sedikit iaitu sebanyak RM152 juta?” soal beliau.

Beliau yang Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara berkata, pada 25 Januari lalu Pengarah Strategi PKR Rafizi Ramli telah mendedahkan bahawa jawatankuasa Perolehan Kementerian Kewangan awal-awal lagi telah mengetepikan syor Prasarana untuk menganugerahkan kontrak kepada salah sebuah firma kejuruteraan British, Balfour Beatty-Invensys Consortium yang membida projek tersebut dengan nilai RM1.01 billion yang jauh lebih rendah.

“Apa yang mengejutkan, Jawatankuasa Pemilihan Kementerian Kewangan itu sendiri diketuai tidak lain tidak bukan oleh Perdana Menteri.

“Beliau sendiri membatalkan keputusan awal Prasarana malah menganugerahkan harga kontrak yang lebih tinggi kepada consortium George Kent.”

Pua turut menjelaskan bahawa projek LRT Ampang ini bukanlah yang pertama kali ‘menderita’ akibat kontroversi dan salah guna kuasa.

“Pada bulan Jun 2011, Jawatankasa Menteri Kewangan telah mengarahkan Syarikat Prasarana Negara Berhad menganugerahkan kontrak kepada syarikat kerjasama Hartasuma Sdn Bhd-Bombardier yang mana bidaannya sebanyak RM890 hampir 50 peratus tinggi dari bidaan Ingress Corp Bhd-Balfour Beatty Rail Sdn Bhd berjumlah RM610 juta yang paling rendah sepertimana telah disyorkan oleh Prasarana.

“Keputusan tersebut telah dirombak semula tetapi ia kemudiannya dianugerahkan kepada syarikat kerjasama Colas dan CMC Engineering Sdn Bhd dengan nilai RM670juta.,” ujarnya.

Keputusan dan pengumuman ini merupakan satu penghinaan lengkap terhadap “tender terbuka” LRT Laluan Ampang dan menggoyahkan keyakinan rakyat Malaysia terhadap sistem “tender terbuka” yang sama seperti projek MRT bernilai RM53 billion dan Projek Loji Rawatan air Langat berjumlah RM8.9 billion, kata beliau.

“Ini membuktikan Datuk Seri Najib Razak tidak malu kerana sanggup untuk melanggar prinsip ketelusan, integriti dan akauntabiliti apalagi dengan skandal yang sedang didedahkan.

“Walaupun beliau berikrar dan berjanji, Datuk Seri Najib Razak telah memilih untuk menyambung amalan kronisme yang diwarisi,” tambah beliau. – Roketkini.com

Tiada ulasan: