Isnin, 13 Ogos 2012

Pakatan Rakyat akan tentukan kerusi Lajim

 
Bagaimanapun, PAS sedia memberikan keusi di Beaufort jika beliau menjadi calon gabungan pembangkang itu.




KOTA KINABALU: PAS negeri sedia memberikan kerusinya di Parlimen Beaufort jika Datuk Seri Lajim Ukin mewakili Pakatan Rakyat dalam pilihan raya umum ke 13.

Bagaimanapun, Pakatan Rakyat negeri akan mengadakan mesyuarat bagi menentukan kerusi untuk bekas pemimpin Umno itu jika beliau dicalonkan bertanding atas tiket gabungan itu.

“Kedudukan kerusi untuk  di Sabah telah hampir selesai. Jika Lajim mahu bertanding, Sekretariat Pakatan Rakyat negeri akan mengadakan perbincangan terlebih dahulu.

“Tetapi PAS sedia memberikan kerusi milik kami di Beaufort kepada Lajim,” kata Pesuruhjaya PAS negeri, Mohd Aminuddin Aling.

Lajim yang keluar dai Umno  minggu lalu merupaakan ahli Parlimen Beaufort.

Beliau keluar dari Umno minggu lalu dan menubuhkan Pakatan Perubahan Sabah. Manakala Datuk Seri Wilfred Bumburing pula menubuhkan Datuk Seri Wilfred Bumburing Barisan Angkatan Perubahan Sabah.

Dalam perkembangan berkaitan, PAS negeri akan bertanding lima kerusi Parlimen  dan 13 kerusi dewan negeri.

Kerusi-kerusi Parlimen yang akan ditanding PAS ialah Kota Belud, Beaufort, Kalabakan, Batu Sapi dan Sepanggar.

Waktu ini PAS tidak mempunyai seorang pun wakil rakyat di negeri itu.

Tag: Sabah, PAS, Pakatan Rakyat, Lajim Ukin, Pilihan Raya

7 ulasan:

Mumbai berkata...

rupanya si Lajim keluar parti semata2 mahu bertanding.. patut la dia keluar bila dekat2 pilihanraya..

Mumbai berkata...

kalau si Lajim mahu bertanding guna tiket Pakatan, jangan harap la dia boleh menang.. walaupun dia ada harapan untuk menang, tapi parti yang dia wakili pula yang tidak ada harapan boleh menang..

Mumbai berkata...

sepatutnya Pakatan tidak perlu bertanding di Sabah.. dia sabah sudah ada dua parti pembangkang tempatan.. kalau Pakatan mahu letak calon juga, terpaksa la tiga penjuru..

Sanih Alias berkata...

Yang memalukan sebelum ini yang mana Lajim menuduh pemberita membuat fitnah. Lagi terang masih bersuluh. Lajim sedarlah diri sendiri tidak perlu menafikan kalau benar-benar sudah terbongkar rahsia peribadi.

Sanih Alias berkata...

Yang pasti sekarang ini Lajim sememangnya tidak ada fungsi di Beaufort sebenarnya. Tambahan lagi yang mana sebelum ini pun Lajim memang telah dicadangkan untuk disingkirkan dari kerusi Beaufort.

Unknown berkata...

Sah2 Lajim ni 'yes man' kepada Anwar. Keluar PBS dulu pun sebab Anwar.

mantera berkata...

sebelum ini ada khabar Lajim takkan dicalonkan oleh UMNO, jadi Lajim keluar UMNO sebenarnya untuk bertanding.