Khamis, 2 Ogos 2012

MPS Mengutip Cukai Taksiran Sebanyak RM42 Juta





SELAYANG: Majlis Perbandaran Selayang akan mengenakan waran tahanan kepada pemilik yang mempunyai tunggakan cukai taksiran bermula 16 April 2012 iaitu setelah tamat tempoh notis(borang E) kepada pemilik yang mempunyai tunggakan sebanyak RM250.00 ke atas.

Majlis Perbandaran Selayang merekodkan cukai taksiran sebanyak RM42 juta bagi penggal pertama 2012 daripada anggaran sebanyak RM43.8 juta.

Yang Dipertua MPS, Datuk Zainal Abidin Aala berkata, bagi tunggakan cukai taksiran yang berjaya dikutip adalah sebanyak RM6.4 juta daripada jumlah tunggakan keseluruhan sebanyak RM9.82 juta.

Selain itu, Ketua Jabatan Perancang Bandar, Awang Mustafa Bin Md. Yunus mencadangkan status lot tanah perumahan di Batu Caves ditukarkan kepada tanah perindustrian bagi mengimbangi jumlah kawasan perumahan di kawasan itu.

“Terdapat permohonan penukaran status di sesetengah lot di kawasan perumahan di Batu Caves dan setelah Jabatan Perancang Bandar MPS melakukan kajian dan soal selidik, adalah perlu cadangan ini supaya Selayang khususnya tidak hanya dipenuhi dengan kawasan perumahan sahaja,” katanya lagi.

Sehubungan itu, Zainal Abidin berkata, cadangan yang dikemukakan itu akan dibawa untuk perbincangan lebih rapi bagi mempastikan keberkesanan perlaksanaanya kelak.

Tiada ulasan: