Rabu, 8 Ogos 2012

Lagi pemimpin Sabah keluar BN, sertai APS

Oleh Masdar Wahid


KUALA LUMPUR : Sokongan rakyat Sabah terhadap Angkatan Perubahan Sabah (APS) pimpinan Datuk Seri Wilfred Bumburing terus menggegarkan politik negeri itu apabila ramai lagi pemimpin BN mengikut jejaknya menyokong Pakatan Rakyat.

Terbaru, John Hussein meletak semua jawatan sebagai ahli Parti Bersatu Sabah (PBS-BN) dan ketua kampung bagi kawasan Kiulu dalam Parlimen Tuaran.

Menurut beliau, notis 30 hari diserah kepada partinya dan kerajaan negeri sejak 1 Ogos lalu.

John turut meletak jawatan Ketua PBS Cawangan Kampung Simpangan Lama dan Naib Pengerusi PBS Bahagian Kiulu dan kini menyertai APS.

“Saya bersetuju dengan kenyataan Datuk Seri Wilfred bahawa sistem penyampaian BN gagal memenuhi matlamat yang dikehendaki rakyat.

“Sebagai contoh, pembinaan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Nabalu mengambil masa yang sangat lama untuk dilaksanakan dan kini pembinaannya terus terhenti tanpa penjelasan munabasabah,” kata John dalam satu kenyataan.

Beliau akan bekerjasama dengan dua bekas pemimpin Pertubuhan Pasokmomogun Kadazandusun Murut Bersatu (Upko) Bahagian Tuaran, Lesaya Lopog Sorudim dan Daukim Gilu untuk membentuk dan menggerakkan APS Bahagian Kiulu.

Sebelum ini, Naib Presiden Upko yang juga Senator Datuk Maijol Mahap; Pengerusi Tetap, Datuk Herman Tiongsoh serta Ahli Majlis Tertinggi, Denis Gimpah dan Petrus Guriting turut mengisytihar keluar BN bersama Wilfred pada 29 Julai lalu.

Wilfred merupakan Ahli Parlimen Tuaran, bekas Timbalan Presiden Upko, Timbalan Presiden Angkatan Amanah Merdeka dan bekas Pengerusi BN Tuaran.

APS adalah pertubuhan bukan kerajaan yang memfokus pengundi Bumiputera Bukan Islam Sabah bagi menyokong Pakatan Rakyat untuk memerintah Malaysia.

Wilfred memulakan jelajahnya sejak 1 Ogos lalu dengan menggempur Dewan Undangan Negeri (DUN) Tambunan dan Parlimen Keningau yang diwakili Presiden PBS, Datuk Seri Joseph Pairin Kitingan.

Pairin mewakili kedua-dua kawasan itu sejak 1976 hingga kini dengan beliau ketika ini turut menjawat Timbalan Ketua Menteri Sabah.

35 ulasan:

Sotong Kurita berkata...

kegagalan BN Sabah bukan disebabkan oleh parti.. tetapi disebabkan oleh pihak2 yang bertanggungjawab menggerakkan parti itu seperti Bumburing dan John Hussein sendiri.. menuduh kononnya BN gagal, sama la menuduh diri sendiri..

Sotong Kurita berkata...

kalau ramaipun pemimpin2 BN Sabah yang keluar selepas ini, semuanya hanya disebabkan tidak dicalonkan atau tidak diberikan peluang menjawat jawatan kabinet..

Kris Jr berkata...

Pasti Umno BN Sabah dapat menghadapi cabaran ni.

Sotong Kurita berkata...

kalau betullah pemimpin2 ini bersungguh2 mahu membela nasib rakyat dan negeri Sabah, kenapa hanya bila dekat2 pilihanraya umum baru mahu bertindak??

DorianG berkata...

United Pasokmomogun Kadazandusun Murut Organisation (Upko) President Bernard Dompok gave the assurance that no more MPs and state assemblymen from the party would defect to the opposition.

DorianG berkata...

As such, rumours and speculation on the defection of more Sabah politicians should stop, said the Minister of Plantation Industries and Commodities.

DorianG berkata...

Dompok was asked to comment on a report in a tabloid on Monday that 13 more Sabah politicians, including assemblymen, MPs and senators, would defect to the opposition following the defection of Sabah MPs Lajim Ukin of Umno and Wilfred Bumburing of Upko last month. Beaufort MP Lajim and Tuaran MP Bumburing have openly declared their support for the opposition through a new political platform called the Sabah Reform Front.

Kris Jr berkata...

CM Datuk Musa Aman said Lajim and Bumburing might have their own agenda when they decided to leave the component parties in BN.

DorianG berkata...

Upko is against it (defection of elected representatives). These (rumours) have been going on for quite a while within the party. he noted that the PM is aware of thiese ongoing eumours and Dompok has assured him of that there will be no more MPs and ADUNs (state assemblymen) will leave the party.Earlier, he launched the National Day celebration of the ministry, the National Audit Department and the Immigration Department.

DorianG berkata...

Dompok shrugged off rumours that the party was contemplating pulling out of the BN coalition, saying "we think that it is the BN that will be able to deliver what we want".

DorianG berkata...

On the Royal Commission of Inquiry (RCI) to look into the illegal immigrant issue in Sabah, Dompok said Prime Minister Najib Tun Razak would reveal the details, including the terms of reference and the list of the panel, by August 11.

DorianG berkata...

"We have asked for the RCI for a long time. We appreciate Najib's sincerity in setting up the RCI to solve the longstanding problem. I have served three prime ministers but Najib is the only one who agreed to set up the RCI. I respect him for that," he said.

Unknown berkata...

Kalau mereka ambil keputusan untuk keluar parti, terserahlah pada mereka. tiada yang boleh menghalang sebab tiada peraturan digubal untuk mengawal keluar masuk parti.

Unknown berkata...

Lebih baik keluar daripada terus menjadi musuh dalam selimut. ketidak stabilan parti juga disebabkan oleh mereka.

Sanih Alias berkata...

Kita tunggu saja apa yang berlaku seterusnyan mengenai perkara ini.

atasagar berkata...

kemungkinan ini hanyalah manipulasi pihak pembangkang demi kepentingan sendiri sahaja...

atasagar berkata...

tatkala ramai politikus yang lompat keluar parti, biarlah rakyat buat penilaian yang tepat untuk parti yang mereka memihak

atasagar berkata...

ini kerana, banyak sudah parti-parti baru yang tumbuh seperti cendawan...

atasagar berkata...

apapun, biarlah PRU13 yang menentukan nasib parti-parti ini

atasagar berkata...

dan semoga rakyat akan membuat pilihan yang tepat di PRU13

Paquin berkata...

Pandai-pandailah kita menilai perkara ini:)

Paquin berkata...

Yang penting kita harus undi calon yang terbaik next GE nanti.

mantera berkata...

benarkah ada akan keluar? blum pasti lagi tu.

mantera berkata...

jika ada nak keluar, itu pilihan mereka. BN takkan tergugat.

Nemia berkata...

Well no one will stop you to do so but remember, none of the oppositions can give you what you have today.

Nemia berkata...

I thought only 2 leaders are moving out.

unknown berkata...

The oppositions are whisked away the leaders.

unknown berkata...

I don't trust Anwar. He is a great manipulator.

unknown berkata...

Let's see if there is another one who jump over.

jsiput berkata...

Pemimpin yang tiba2x kluar hanya bila dekat-dekat pilihanraya umum adalah pemimpin yang tidak ikhlas membanty membela nasib rakyat.

jsiput berkata...

Mereka mempunyai banyak masa untuk keluar dari BN tetapi hanya bila PRU dekat baru mereka bertindak. Rakyat kenalah bijak menilai pemimpin yang ikhlas.

jsiput berkata...

"Sebagai contoh, pembinaan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Nabalu mengambil masa yang sangat lama untuk dilaksanakan dan kini pembinaannya terus terhenti tanpa penjelasan munabasabah,” kata John dalam satu kenyataan."

Kenapa baru sekarang mahu bersuara tentang hal ini????

jsiput berkata...

Apapun, lebih baik keluar daripada terus menjadi musuh dalam selimut.

jsiput berkata...

Apapun, lebih baik keluar daripada terus menjadi musuh dalam selimut.

jsiput berkata...

Biarpun terdapat pemimpin kluar dari parti, BN/UMNO tetap akan teruskan perjuangan mereka. All the best BN/UMNO! Segala janji-janji yang diberikan kepada rakyat harus ditunaikan.