Isnin, 27 Ogos 2012

Lagi cerdik pandai sertai DAP

 Roketkini.com



KUALA LUMPUR: Penganalisis politik terkemuka, Dr Ong Kian Ming hari ini mengumumkan keputusan beliau untuk menyertai DAP.

Bercakap dalam sidang media di ibu pejabat kebangsaan DAP, beliau berkata bahawa pilihannya untuk menyertai DAP adalah berdasarkan perjuangan parti tersebut yang selaras dengan kepercayaan politiknya.

Kian Ming yang juga merupakan pengarah Malaysian Electoral Roll Analysis Project (MERAP), sudah masanya saya meninggalkan bidang penyelidikan untuk membantu serta menyertai politik secara langsung bagi membawa perubahan kepada Malaysia.

“Saya amat teruja dan berpandangan jauh untuk membawa perubahan dengan cara saya, walaupun dalam konteks yang kecil tetapi ia akan memberikan perubahan yang positif kepada negara dan DAP adalah sebahagian daripada perubahan itu,”ujar beliau lagi.

Ong Kian Ming memperolehi ijazah doktor falsafah dalam jurusan Sains Politik dari Universiti Duke pada tahun 2004 sehingga 2010. Beliau juga sekarang bertugas sebagai pensyarah dan penganalisis politik di Universiti UCSI, di Kuala Lumpur.

Selain Kian Ming, DAP turut menerima kemasukan sarjana lulusan Cambridge, Yeo Bee Yin yang kini sedang bergiat cergas membantu parti tersebut dalam strategi media sosial.

Menurut Bee Yin, walaupun beliau masih muda, beliau yakin dapat  memberikan kelainan dan melakukan perubahan terhadap Malaysia.

“Saya tidak hanya mahu menjadi pemerhati terhadap negara saya sendiri tetapi saya juga mahu menjadi salah seorang daripada mereka yang melakar sejarah untuk menjadikan Malaysia lebih baik,” ujar Bee Yin lagi.

Bee Yin merupakan pelajar terbaik pada tahun 2006 dan siswazah Kelas Pertama dalam bidang Kejuteraan Kimia di Universiti Teknologi Petronas (UTP). Beliau juga merupakan salah seorang penerima Biasiswa yang berprestij daripada Gates Cambrige. – Roketkini.com


Tiada ulasan: