Rabu, 1 Ogos 2012

Isu Bumburing: ‘Ini negara bebas’, jawab Presiden Upko

SINAR HARIAN

Presiden Pertubuhan Pasokmomogun Kadazandusun Murut Bersatu (Upko) Tan Sri Bernard Dompok
Presiden Pertubuhan Pasokmomogun Kadazandusun Murut Bersatu (Upko) Tan Sri Bernard Dompok
 
 
SERIAN - Presiden Pertubuhan Pasokmomogun Kadazandusun Murut Bersatu (Upko) Tan Sri Bernard Dompok berkata cara terbaik untuk menyelesaikan isu besar politik berkaitan Barisan Nasional (BN) ialah melalui parti gabungan itu sendiri.

Mengulas perletakan jawatan timbalan presiden Upko dan Ahli Parlimen Tuaran Datuk Wilfred Bumburing serta beberapa anggota parti gabungan BN itu baru-baru ini, beliau berkata antara sungutan utama yang menjadi punca mereka

berundur ialah masalah imigran di Sabah.

Dompok, yang juga Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan kursus asas mengenai teknologi penanaman koko dan penyerahan insentif bagi penanaman baru koko dan lada di sini, hari ini.

Ditanya sama ada beliau menjangka lebih ramai anggota Upko akan mengikut jejak Bumburing, Dompok berkata:

"Saya tak tahu...ada banyak spekulasi. Tapi, inikan negara bebas. Anda boleh sertai mana-mana parti yang anda suka dan orang lain juga akan menyertai kami (Upko)."

Dompok berkata beliau kesal dengan perletakan jawatan yang berlaku baru-baru ini dan berharap kerajaan persekutuan akan menangani isu tertentu berkaitan Sabah secara telus.

4 ulasan:

Paquin berkata...

Masing-masing ada hak untuk melakukan apa yang mereka nak. Jadi biarkan sajalah...

Paquin berkata...

Apa yang penting ialah rakyat tahu apa yang perlu dilakukan.

mantera berkata...

ini mmg negara bebas, jadi mereka berhak membuat pilihan.

mantera berkata...

yang pnting adalah terus maju ke hadapan.