Isnin, 27 Ogos 2012

Akhbar Singapura gesa Najib segerakan pilihan raya

THE MALAYSIANINSIDER

KUALA LUMPUR — Akhbar Singapura, Business Times (BT) hari ini berkata ekonomi Malaysia yang berkembang pada kadar 5.4 peratus bagi suku kedua tahun ini namun ia adalah kerana ditampung oleh perbelanjaan domestik, yang mana berkemungkinan tidak akan mampu bertahan selagi pilihan raya tidak dijalankan dalam masa terdekat.

Akhbar perniagaan itu menjelaskan pemegang kuasa ketiga ekonomi di rantau Asia Tenggara itu telah menewaskan jiran-jiran terdekatnya dalam tempoh suku kedua, namun perkembangan itu adalah disebabkan permintaan domestik yang melambung 13.8 peratus berbanding 9.7 peratus sejak tiga bulan pertama tahun ini.

Malah, ia turut berkata dengan perbelanjaan pelaburan meningkat kepada 26.1 peratus daripada 16.1 peratus bagi suku pertama dan perbelanjaan kerajaan meningkat 9.4 peratus berbanding 7.3 peratus sebelumnya, peningkatan eksport akan menjadi perlahan, menurun tiga peratus pada suku sebelumnya, dan kini berada pada kadar 2.1 peratus.

“Pemberian-pemberian kerajaan dan pengukuhan perbelanjaan pelaburan di bawah ETP telah membantu merancakkan ekonomi,” kata akhbar berkenaan dalam ruangan Malaysia Insight, merujuk kepada pelbagai program bantuan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak (gambar) dan pembaharuan polisi ekonomi di bawah Program Transformasi Ekonomi (ETP).

Setiap sektor diberikan manfaat dalam program “pemberian” Najib, kata akhbar tersebut, dan rakyat turut berbelanja.

Namun akhbar itu juga turut memberikan amaran kepada Najib bahawa beliau telah mengambil “risiko dan agensi penarafan mula mencengkam lehernya.”

Turut difahamkan Bank Negara turut menjangkakan permintaan domestik yang kukuh untuk memacu ekonomi negara walaupun “risiko-risiko kerugian datang daripada pembangunan luar kekal”.

Akhbar itu turut mencadangkan agar Najib segera melaksanakan pilihan raya daripada menunggu mandat kerajaan Barisan Nasional (BN) yang akan tamat April depan.
“Rakyat semakin bosan dengan politik yang berlarutan.

“Perdana menteri juga tidak perlu tangguh lagi dan segera melaksanakan pilihan raya,” katanyayang turut merasakan ekonomi Malaysia mungkin tidak akan berkembang sehingga tahun hadapan.

Tiada ulasan: