Selasa, 10 Julai 2012

Wan Azizah sah tanding DUN dalam PRU13

Oleh Sidiqin Omar


PETALING JAYA 10 Julai: Presiden KEADILAN, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail mengesahkan akan bertanding kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU 13).

“Saya boleh bertanding DUN. Itu paling sesuai,” katanya sambil tersenyum, menjawab soalan pemberita pada sidang media di Ibu Pejabat KEADILAN, di sini hari ini.

Ketika ditanya kawasan yang bakal ditandingi, Wan Azizah menyatakan, ia bergantung kepada keputusan parti.

“Di mana saya bertanding? Tentulah di kawasan saya mengundi,” jelasnya.

Ditanya sama ada beliau akan memegang jawatan Exco jika memenangi kerusi tersebut, Wan Azizah berkata, gerak kerja bagi mencapai kemenangan perlu diselesaikan terlebih dahulu sebelum memikirkan tentang jawatan.

“Kena menang dulu. Kemudian, kita akan fikirkan mana-mana (jawatan) yang sesuai,” jelas Wan Azizah.

Tiada ulasan: