Selasa, 24 Julai 2012

VIDEO - KARPAL SINGH DAN UMNO SAMA-SAMA TIDAK UPDATE MEMORY

Oleh: WFAUZDIN NS


RAMAI yang menuduh Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat, Ustaz Nasruddin Tantawi berbohong apabila mendakwa Pengerusi DAP, Karpal Singh kini bersedia untuk berbincang dan mendengar penjelasan berkaitan Hukum Hudud/Negara Islam dari PAS, berbeza dari kenyataan Karpal beberapa tahun dahulu yang begitu keras terhadap hukum Islam ini.

Jika kita menonton kembali video klip di atas, jelas dan nyata Karpal Singh lebih lonak dan lembut apabila berbicara tentang isu ini tidak seperti katanya dahulu, "Langkah mayat beliau dahulu". Video di atas adalah ucapan beliau semasa Konvensyen PR Tahun 2010. Ertinya, itulah pendapat beliau paling `latest' berkaitan isu kontroversi ini bagi membuktikan apa yang disebut oleh Ustaz Nasruddin Tantawi di dalam debat anjuran Sinar bersama Fathul Bari (Ulamak Umno) memang tepat dan betul.

Isu ini menjadi panas semula apabila Karpal Singh sendiri tidak `update' memory di dalam kepalanya. Beliau pantas menafikan kenyataan Ustaz Nasruddin Tantawi. Ini lah masalah dengan Karpal Singh yang tidak pernah jujur di dalam memberikan pendapat beliau. Beliau merasakan apa sahaja yang beliau ucapkan, rakan-rakan di dalam PR akan setuju belaka. Kali ini beliau cuba bermain dengan kata-kata yang boleh menyinggung perasaan rakan-rakan di dalam PR, apatah lagi beliau cuba memutar-belitkan kenyataan beliau sendiri.

Sebenarnya, kita tidak patut pedulikan hanya seorang seperti Karpal Singh ini apatah lagi jika kita sebagai umat Islam yang mahu dan bercita-cita untuk laksanakan hukum Islam. Kita jangan jadi seperti Umno yang akan memohon restu dari MCA terlebih dahulu untuk laksanakan sesuatu. Samada Karpal mahu bincang atau tidak, hukum Islam tidak memerlukan Karpal Singh meluluskannya tetapi adalah lebih baik jika Karpal Singh boleh memahaminya, itu pun jika beliau mahu memahaminya. Jika tidak, Karpal boleh terus dengan agamanya dan kita umat Islam akan terus berjuang untuk agama Islam dengan pendekatan kita yang terbaik.

Kita boleh terima Karpal Singh tidak bersetuju dengan hukum Islam tetapi kita tidak boleh terima kenyataan Karpal Singh yang berdolak-dalik. Pelik apanya jika Karpal Singh yang Non Muslim menentang hukum Islam kerana `kaum' yang terawal menentang perlaksanaan hukum Islam di negara ini bukan sahaja melalui kata-kata, bahkan menggunakan kuasa mereka adalah `kaum Umno' yang mengaku Islam. Jika Karpal Singh menentang hukum Islam hanya melalui kata-kata dan berlandaskan ilmu undang-undang beliau, tetapi Umno menghalang hukum ini lebih keras lagi iaitu dengan menggunakan kuasa yang mereka miliki. Kelantan adalah di antara mangsa kuasa Umno yang memerintah Pusat.
 
Persetankan Karpal Singh, persetankan Umno.  Teruskan berjuang./wfauzdin.blogspot.com
 

Tiada ulasan: