Sabtu, 7 Julai 2012

TEKUN sasar kutip RM25j sebulan


ZAINAL ABIDIN (tengah) menyampaikan replika cek pinjaman kepada wakil usahawan kecil sambil disaksikan Abdul Rahim (kiri) dan Zakaria (dua dari kiri) pada Majlis Perjumpaan Usahawan TEKUN di Nibong Tebal semalam.

NIBONG TEBAL — Tabung Ekonomi Kumpulan Usaha Niaga (TEKUN) Nasional menyasarkan kutipan semula pinjaman sehingga RM25 juta sebulan menjelang hujung tahun ini.

Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutifnya, Datuk Abdul Rahim Hassan berkata, peningkatan jumlah kutipan itu penting bagi meningkatkan peluang lebih ramai usahawan kecil bumiputera mendapat pinjaman.

“Sehingga kini, TEKUN sudah mampu memungut semula pinjaman sebanyak RM20 juta sebulan berbanding RM13 juta sebulan tahun lalu.

“Kami sedang berusaha menggandakan jumlah kutipan dan berusaha meningkatkan kesedaran dalam kalangan peminjam agar menjalankan tanggungjawab melunaskan semula pinjaman,” katanya selepas Majlis Perjumpaan Usahawan TEKUN di Jawi Golf Resort di sini semalam.

Majlis dirasmikan oleh Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Pulau Pinang, Datuk Zainal Abidin Osman.

Tiada ulasan: