Rabu, 11 Julai 2012

SPR: Jangan pertikai dakwat kekal

NURUL AINI MOHAMED ALI

Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof
Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof
 
 
PUTRAJAYA - Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof berkata, penggunaan dakwat kekal dalam urusan pengundian Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) tidak wajar dipertikaikan oleh mana-mana pihak.

Menurutnya, sebelum ini ramai yang mempertikaikan kewibawaan SPR apabila menggunakan "finger print" dan kini sistem pengundian ditukar dengan penggunaan dakwat kekal.

"Dakwat kekal ini halal digunakan dan boleh dibawa (kekal pada jari ketika) solat bagi para pengundi yang beragama Islam.

"Jadi tiada sebab bagi mana-mana pihak  mempertikaikan penggunaan dakwat kekal yang digunakan dalam PRU akan datang," tegas beliau ketika Sesi Khas SPR Bersama Media-Demonstrasi Susun Atur Tempat Mengundi di sini, hari ini.

Tiada ulasan: