Sabtu, 21 Julai 2012

Selangor sedia salur Syabas RM300 juta

IZWAN ROZLIN

Khalid menyampaikan sumbangan Skim Mesra Usia Emas kepada salah seorang daripada 164 penerima seluru
Khalid menyampaikan sumbangan Skim Mesra Usia Emas kepada salah seorang daripada 164 penerima seluruh Selangor, hari ini.
 
 
PETALING JAYA – Kerajaan Negeri Selangor sanggup mengeluarkan RM300 juta untuk menaik taraf   sistem perpaipan di negeri itu  jika Syarikat Bekalan Air Selangor (Syabas) gagal melaksanakan tanggungjawabnya.

Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata, langkah itu akan diambil memandangkan Syabas tidak berkemampuan dari segi kewangan untuk  menguruskan air di negeri ini.

“Kalau Syabas atau Kerajaan Persekutuan tidak cukup duit, Kerajaan Negeri sanggup keluar belanja untuk selesaikan isu ini tidak ada masalah tapi kalau esok dia tidak bayar balik hutang itu, saya tidak akan  bagi orang Putrajaya dan Kuala Lumpur minum air  kerana duit ini rakyat Selangor minta maaflah  kena selesaikan hutang dulu,” katanya ketika berucap selepas menyampaikan sumbangan Skim Mesra Usia Emas di Dewan MBSA Kampung Paya Jaras.

Beliau berkata,  Selangor juga tidak patut alami krisis air kerana jumlah hujan  sepanjang tahun mencukupi  untuk bekalan air seluruh Selangor.

“Selangor mana boleh tidak cukup air, sudahlah kata air tidak cukup, orang yang kata air tidak cukup itu sebenarnya  tidak buat kerja dan kita hendak beritahu Kerajaan Pusat kalau hendak baik pun dengan orang berniaga, janganlah baik sehingga rakyat menderita sudahlah rakyat kena kerja kuat, kalau gaji banyakpun kena bayar cukai lagi kemudian air nak dinaikkan pula,” katanya.

“Cara yang boleh Kerajaan  Negeri buat ialah  memastikan harga air tidak akan naik, kalau bagi Syabas uruskan  akan datang boleh naik sampai 75 peratus, rakyat mesti pilih tidak mahu harga air naik, sebab itu kita buat keputusan untuk ambil alih pengurusan air,” katanya.

Tiada ulasan: