Khamis, 26 Julai 2012

Rumah Exco Pelancongan Melaka dipecah masuk

M JEFFRI RAZALI

MELAKA - Sekumpulan tiga lelaki memecah masuk kediaman Pengerusi Jawatankuasa Negeri Pelancongan, Kebudayaan dan Warisan, Datuk Latiff Tamby Chik dan melarikan barangan bernilai lebih RM200,000 termasuk beberapa jam mewah.

Ketua Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Kontinjen Polis negeri, Asisten Komisioner Raja Shahrom Raja Abdullah berkata, ketiga-tiga suspek menaiki sebuah kereta mewah memecahkan bahagian tingkap hadapan rumah banglo berkenaan serta pintu jeriji besi sebelum masuk dan menggeledah rumah wakil rakyat di Jalan Datuk Palembang, Bukit Baru, antara jam 9 dan 11.30 malam Selasa lalu.

Latiff, 63, bagaimanapun tiada di rumah ketika itu kerana sedang mengerjakan solat terawih,
manakala isterinya berusia 52 tahun juga tiada di rumah kerana berada di rumah berdepan rumah mereka.

Tiada ulasan: