Selasa, 17 Julai 2012

Ramai lagi Tan Sri, Datuk akan tinggalkan Umno

Hazayani Zakaria,


(Mohamad Sabu berucap di Stadium Kuala Selangor malam semalam)


KUALA SELANGOR: Ramai lagi pemimpin Umno BN menunggu masa untuk meninggalkan parti itu dan menyertai Pakatan Rakyat lantaran tidak tahan dengan penyelewengan yang berlaku dalam pentadbirannya.

Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu berkata, selepas Tan Sri Kadir Sheikh Fadzir dan Tamrin Ghafar secara lantang menyeru rakyat meninggalkan Umno BN, ada pemimpin Umno BN lain yang menunggu masa untuk melakukan perkara sama.

"Hampir setiap hari saya minum kopi dengan pemimpin Umno, mereka menunggu masa sahaja untuk keluar daripada Umno. Salah seorang yang mengambil sikap sedemikian ialah Tan Sri Kadir Sheikh Fadzir.

"Ramai lagi datuk dan tan sri yang menunggu masa meninggalkan Umno," kata beliau ketika berucap di Perhimpunan Hijau Menuju Putrajaya di Stadium Kuala Selangor, malam semalam.

Beliau berkata, semakin ramai rakyat berani menzahirkan tentangan kepada Umno BN kerana isu rasuah dan penyelewengan dalam parti itu semakin terdedah, malah oleh bekas pemimpin Umno sendiri.

"Kita lihat pegawai kerajaan setelah pencen isi borang PAS  dan minta rakyat tolak Umno. Kenapa ramai sangat rakyat nak tolak Umno sekarang?

(Antara yang menyertai PAS malam semalam)

"Tidak lain dan tidak bukan kerana Umno amalkan rasuah, ketirisan, penyelewengan," katanya di hadapan ribuan hadirin yang membanjiri stadium.


Perkauman

Menyedari perkara ini kata Mohamad, Umno BN giat memainkan isu perkauman untuk menarik sokongan orang Melayu dengan melaga-lagakan orang Melayu dengan DAP.

"Jalan lain tidak ada bagi Umno untuk mempertahankan kuasa. Mereka berhujah di sudut perkauman.

"Ketika kita berhimpun di sini, kita lihat sebaran dibuat kepada Melayu Islam mengenai DAP. Barangkali penuh di luar sana disebar bahawa kalau Umno kalah yang akan jadi perdana menteri ialah DAP. Ini pembohongan," kata beliau sambil memegang risalah mengutuk DAP yang disebar di seluruh Malaysia.

Tambah beliau, tindakan terdesak ini untuk menarik undi orang Melayu.

"Mereka gunakan ini untuk tarik Orang Melayu. Mereka tak harapkan Cina, tak harapkan India.  Oang Asli pun mereka tak harap," katanya.

9 ulasan:

Unknown berkata...

Tunggu dan lihat sajalah.

Unknown berkata...

Yang nak tinggalkan UMNO pun confirm yang dah tua2..pencen dsb

mantera berkata...

yang saya nampak ramai yang tinggalkan pakatan, seperti Hassan Ali, Tunku Aziz dan ramai lagi.

Unknown berkata...

UMNO perlu perbaiki kelemahan yang mereka hadapi demi untuk survival parti.

Unknown berkata...

Jika kita lihat sekarang ini cuma ini saja cara PAS menarik perhatian. Artis menyertai mereka lah, Ahli UMNO menyertai mereka lah dan macam-macam lagi.

Kris Jr berkata...

Tu cuma kabar angin saja. Jangan muah percaya dengan sumber yang tidak berasas.

Sotong Kurita berkata...

tidak sedar diri la si mat Sabu ni.. yang dia kantoi menipu kononnya dilanggar oleh landrover polis tu apa kes??

Sotong Kurita berkata...

penyelewengan tender rm600 juta di kedah, ada PAS jawab? penghinaan kaum asli di Sarawak oleh presiden PAS, ada PAS jawab? ahli2 BN yang menyertai pembangkang pun bukan sebab BN rasuh, tetapi sebab hilang kepentingan dalam BN..

Sotong Kurita berkata...

kalau pemimpin2 Pakatan yang keluar menyertai BN, senang2 saja dia cakap kononnya pemimpin itu pentingkan diri sendiri, parasit, dan pelbagai kata2 penghinaan.. jadi begitu juga la halnya dengan pemimpin2 BN yang keluar menyertai Pakatan..