Ahad, 29 Julai 2012

Prosiding bela diri ditangguh

Wartawan Sinar Harian

Kes Sosilawati: Peguam mahu sepina 3 timbalan
Kes bunuh Datuk Sosilawati Lawiya
 
 
SHAH ALAM – Mahkamah Tinggi di sini, semalam, menangguhkan prosiding bela diri bekas peguam dan tiga pekerja ladangnya yang didakwa
membunuh jutawan kosmetik Datuk Sosilawati Lawiya dan tiga lain.

Hakim Datuk Akhtar Tahir memutuskan demikian selepas dimaklumkan peguam Manjeet Singh Dhillon bahawa Mahkamah Rayuan membenarkan penangguhan prosiding itu sehingga kes rayuan selesai.

“Sekiranya Mahkamah Rayuan mengetepikan keputusan saya sebelum ini, saya nasihatkan pihak pendakwa bersedia untuk perkara berkenaan.

“Saya akan tetapkan tarikh yang lain selepas selesai rayuan,” katanya.

Kelmarin, barisan peguam diwakili Gurbachan Singh, Manjeet Singh Dhillon, Ravi Nekoo dan Amir Hamzah Arshad memfailkan rayuan di Putrajaya untuk mengetepikan keputusan Akhtar yang menolak permohonan mereka memanggil tiga Timbalan Pendakwa Raya Ishak Mohd Yusoff, Saiful Edris Zainuddin dan Idham Abd Ghani sebagai saksi.

Tiada ulasan: