Rabu, 11 Julai 2012

PR pun janji mahu naik taraf Unisel

Wartawan Sinar Harian
 
SHAH ALAM – Pakatan Rakyat (PR) berjanji Unisel Selangor (Unisel) juga akan dinaiktarafkan sebagai institusi pengajian tinggi awam (IPTA) sekiranya berjaya menawan Putrajaya.

Exco Pendidikan, Pendidikan Tinggi & Pembangunan Modal Insan, Dr Halimah Ali berkata: “Kalau Pakatan Rakyat menang, kita pun boleh jadikan Unisel sebagai IPTA.

“Kita akan jawab bila tiba giliran saya menjawab nanti dan saya akan berikan fakta."   

Halimah berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan Sulaiman Abdul Razak (BN-Permatang).

Halimah turut menafikan bahawa Unisel pilihan terakhir malah memberitahu, graduan Unisel berkualiti sehingga ramai yang begitu mudah mendapat pekerjaan selepas tamat belajar.

"Pencapaian pelajar Unisel lebih baik dari institusi pengajian tinggi swasta (IPTS) di bawah BN,” katanya.

Tiada ulasan: