Selasa, 10 Julai 2012

Polis tahan 2 kenalan Uncle Seekers bagi bantu siasatan

SINAR HARIAN

JOHOR BAHRU - Polis Johor menahan dua lelaki bagi membantu siasatan terhadap pengendali laman blog www.uncleseekers.blogspot.com, Syed Abdullah Syed Husein Al-Attas berhubung kenyataan yang didakwa memfitnah Sultan Johor.
Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah, Asisten Komisioner, Mohd Akhir Ishak berkata, kedua-dua lelaki berumur 23 dan 24 tahun diercayai rakan Syed Abdullah ditahan pada jam 9.30 malam tadi, Jalan Pantai Kundor, Tanjung Kling Melaka.
“Mereka ditahan sepasukan polis diketuai Asisten Superintendan, Wong Chee Mean dari Ibu Pejabat Polis Daerah Johor Bahru Selatan turut merampas beberapa peralatan komputer. Mereka direman bermula semalam hingga Sabtu ini," katanya.
Syed Abdullah, 46, atau lebih dikenali sebagai Uncle Seekers kini ditahan reman bersama seorang wanita berumur 26 tahun sehingga Rabu ini untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 8(1)(d) Akta Rahsia Rasmi 1972.

Kedua-dua mereka ditahan di Plaza Tol Senawang, Negeri Sembilan, pada pukul 9.45 malam, Rabu lepas.

Tiada ulasan: