Rabu, 25 Julai 2012

Polis pukul peserta Bersih nyanyi lagu 'Barisan Kita'

Hazayani Zakaria,

KUALA LUMPUR: Seorang peserta Bersih 3.0 memberitahu Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (Suhakam) hari ini bahawa sekumpulan polis memukul beliau sambil menyanyikan lagu 'Barisan Kita' pada 28 April lalu.

Leong Siew Meng, 34, berkata, polis juga memaki beliau dengan kata-kata kesat 'ini cina babi' 'ini langsi punya orang' sewaktu menangkap beliau.

"Polis pukul saya ramai-ramai sambil nyanyi lagu 'Barisan Kita'. Masa itu saya pakai rantai emas dan rantai saya turut dirampas," kata beliau kata beliau pada sidang pendengaran awam mengenai dakwaan pelanggaran semasa dan selepas perhimpunan Bersih 3.0 di Ibu Pejabat Suhakam hari ini.

Leong ketika itu mengikut kumpulan Anti-Lynas yang mula berkumpul di KLCC sebelum berarak ke Dataran Merdeka.

Sementara itu, seorang lagi saksi, Daniel Lee Teck Yew, 39 pula menerima lima jahitan di telinga kanannya akibat terkena senjata tajam.

Beliau juga menunjukkan bukti video dan gambar kepada pihak Suhakam termasuk video seorang lelaki tua mengalami kesukaran bernafas akibat gas pemedih mata.

Tambah beliau lagi, dua kereta polis dilihat menghala ke arah kumpulan peserta di jalan Tun Perak menyebabkan peserta memabling botol air mineral ke arah kereta.

"Mood peserta berubah setelah ditembak gas pemedih mata. sebelum itu semua gembira," katanya.

Mereka berkata demikian ketika memberi keterangan di hadapan panel siasatan yang dipengerusikan Naib Pengerusi Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (Suhakam), Datuk Lake Tee dan dibantu Pesuruhjaya Profesor Datuk Dr Mahmood Zuhdi Abdul Majid dan Detta Samen.

Tiada ulasan: