Ahad, 29 Julai 2012

Najib tak terkejut tindakan Lajim, keputusan esok

SINAR HARIAN

Lajim nafi keluar Umno, sertai pembangkang
Datuk Seri Lajim Ukin melambai tangan sebelum beredar dari bangunan Parlimen baru-baru ini. - Foto fail Bernama 
 
 
PEKAN - Datuk Seri Najib Tun Razak akan memutuskan kedudukan Datuk Lajim Ukim sebagai Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan akan diputuskan esok.

Dipetik Bernama, Perdana Menteri berkata, keputusan Lajim melepaskan jawatannya sebagai ahli Majlis Tertinggi (MT) Umno, Ketua Umno Bahagian Beaufort dan Pengerusi Barisan Nasional (BN) Bahagian Beaufort adalah sesuatu yang telah dijangkakan oleh beliau dan parti.

"Keputusan beliau itu sudah dijangkakan akan berlaku kerana tindakan dan ucapan beliau yang bertentangan dengan dasar parti sebelum ini.

"Saya tidak terperanjat dengan keputusan itu kerana tiada sesiapa yang lebih besar dari parti melainkan kesetiaan.

"Kita terima hakikat di antara kita ada yang berbeza pendapat tetapi boleh diselesaikan dengan saluran yang betul sama ada cepat atau lambat," katanya kepada pemberita selepas menunaikan solat Tarawih di Masjid Ubudiah Kampung Mambang, Chini di sini.

Najib berkata, dalam sejarah parti peletakan jawatan seumpama itu bukanlah sesuatu yang baru kerana pengasas parti, Datuk Onn Jaafar pernah bertindak demikian.

"Namun, sebagai parti yang berpengalaman kita mampu menghadapi cabaran itu," katanya.

Lajim semalam mengumumkan peletakan jawatan sebagai ahli MT Umno, Ketua Umno Bahagian Beaufort dan pengerusi BN Beaufort berkuat kuasa serta-merta.

Beliau bagaimanapun masih kekal sebagai ahli Umno.

5 ulasan:

Paquin berkata...

Najib tak terkejut sebab dia memang tahu si Lajim ni jenis orang yang tak setia.

Paquin berkata...

Kita tunggu sajalah apa keputusan Najib nanti.

mantera berkata...

Lajim dah buat keputusan itu, Lajim mmg tak ada niat lagi nak bersama UMNO.

Unknown berkata...

Perkara sebegini sememangnya telah dijangka dari awal lagi.

Tanpa Nama berkata...

Baguslah kalau Datuk Najib dapat menjangkakan perkara sebegini.