Sabtu, 7 Julai 2012

Mimbar Selangor sedia 515 tapak bazar Ramadhan

Harakahdaily,
SHAH ALAM: Peluang baik dan terhad untuk peniaga-peniaga kecil yang juga merupakan peserta Program Mikrokredit Miskin Bandar (MiMBAR) Selangor.

Menurut Pengurus Promosi dan Acaranya, Akma Othman, pada bulan Ramadhan ini, pihaknya telah menyediakan 515 tapak jualan bazar Ramadhan di beberapa kawasan seliaan Pihak Berkuasa Tempatan yang ditawarkan untuk peserta-peserta MIMBAR Selangor bagi menambah pendapatan harian mereka.

Katanya, usaha itu menunjukkan MiMBAR Selangor sentiasa menawarkan peluang dan ruang yang terbaik bagi peserta-peserta dalam membantu masyarakat di kawasan bandar di Selangor ini untuk berdikari bagi berpendapatan. Ia selari dengan dasar workfare yang dibawa oleh Kerajaan Negeri Selangor.

Tambahnya, tawaran itu dibuka sekarang untuk semua peserta MiMBAR Selangor yang mempunyai rekod bayaran cemerlang sepanjang tempoh pembayaran balik.

Syarat-syarat permohonan Bazar Ramadhan 2012 iaitu salinan Kursus Asas Pengendalian Makanan (sekiranya belum ada, perlu menghadiri kursus tersebut yang akan diuruskan oleh MiMBAR Selangor), pemohon merupakan peserta MiMBAR Selangor, sertakan 2 keping gambar passport, salinan Kad Pengenalan setiap pembantu, salinan suntikan TY2 (Typhoid Fever).

Borang permohonan sewa tapak niaga Bazar Ramadhan 2012 boleh diperolehi di Pejabat MiMBAR Selangor di alamat:

PEJABAT MiMBAR SELANGOR,
A23, Pusat Perniagaan Jubli 20
Jalan Singa J20/J, Seksyen 20
40300 Shah Alam
Selangor Darul Ehsan

Tarikh tutup permohonan adalah pada 10 Julai 2012 (Selasa).
Untuk keterangan lanjut hubungi MiMBAR Selangor 03-55413616 atau Rosli Harun di talian 013-4567176.

MAJLIS PERBANDARAN SUBANG JAYA (MPSJ)
SUBANG JAYA SERDANG / SRI KEMBANGAN
SS18, Subang Jaya (Jalan SS 18/6) Taman Sri Serdang (Jalan 18/35)
USJ 7, Subang Jaya
(Jalan USJ 7/3C HadapanGeraiMajlis USJ 7)
Taman Universiti Indah (Jalan 2/10)
USJ 4, Subang Jaya (JalanUsj 4/5) Taman Pinggiran Putra (JalanPp 1/2)
USJ 1 Pangsapuri (Angsana) (TapakPasarMalam) PuncakJalil (JalanPuj 3/2)
Pinggiran USJ (JalanPinggiranUsj 1/1)
Taman BatuTiga, Shah Alam
Putra Height (Berhadapan Flat Sri Mutiara)
PUCHONG KINRARA
Taman PuchongPermai(JalanPermai 1/10) Taman KinraraSek 1
(Jalan Taman Kinrara 1/1)
Taman PuchongUtama(JalanUtama 2/1) Taman KinraraSek 4
(JalanTk 4/14)
Taman Bandar Wawasan, Pusat Bandar Puchong
(JalanWawasan 2/22)
HadapanGeraiUpenPuchong Jaya
(PetakLetakKereta)

Puchong Indah(HadapanStesenMinyak Esso)
MAJLIS BANDARAYA SHAH ALAM (MBSA)
Seksyen 13 Seksyen 24
Seksyen 7 Seksyen 27
Seksyen 8 U 13
Seksyen 16 U 20
Seksyen 18 Stadium Shah Alam
MAJLIS PERBANDARAN KLANG (MPK)
PELABUHAN KLANG KLANG SELATAN
Pulau Indah Kg. Tradisi Jalan Sri Sarawak (KecualiSelasa)
Taman Kem, PerlabuhanKlang (KecualiKhamis) JalanTunSambathan (KecualiSabtu)
JalanPetola, Kg. Raja Uda (KecualiKhamis) JalanSgBertek (KecualiJumaat)
Telok Gong JalanDato’ YusofShahbuddin 28, Taman Sentosa
Bandar Armada Putra, Pulau Indah Taman Maznah
PANDAMARAN JalanPenghulu Abu Bakar (KecualiSelasa)
Pandamaran Jaya, Jalan 66 (KecualiKhamis) SimpangEmpat, Sg. Udang (KecualiAhad)
Kg Pendamar Kg. Delek (KecualiJumaat)
Kg Idaman (KecualiSelasa) Flat Sri Bayu (KecualiSabtu)
Bukit TinggiDepan Flat Bukit Tinggi Taman KlangPerdana
Pangsapuri Seri Perantau (KecualiIsnin) Taman SementaUtama
KLANG UTARA Taman Cempaka Sari
Kg Kuantan Kg TokMuda
JalanKeluang Sg. Serdang
Jalan Bukit Kuda JalanKeretapi Lama, Kg  Sementa
Taman Kim, JalanKapar, Batu 2 Kg Perapat
JalanRantauPanjang Taman Shah Bandar Kg Jawa
LorongMusran, RantauPanjang Taman Bukit JatitamanSentosa, Depan 99
JalanKeretapi Lama, Dekat Masjid Batu 5 Taman Bukit Jali
Taman BungaMelor MERU
JalanGudangNenas Taman Meru 4 (KecualiSabtu)
Bandar BaruKlang JalanKenangan, PekanMeru
Bandar Sultan Suleiman, Dekat Masjid Taman MeruSelattan (KecualiIsnin)
KAPAR PangsapuriMeruEhsan, PersiaranHamzahKlang
Jalan Raja Mokhtar (KecualiJumaat) Dewan Bukit Kapar
Taman SgKapar Indah JalanSusurMeru Courts, Batu 5 ¾ JalanMeru
Taman Sri Pekan (KecualiJumaat)
MAJLIS PERBANDARAN SEPANG (MPSp)
PekanSalak, Sepang




Tiada ulasan: