Khamis, 12 Julai 2012

MIC: Debat tidak selesai isu kaum India

SINAR HARIAN

MIC: Perdebatan tidak selesai isu masyarakat India
Datuk S. Murugesan
 
KUALA LUMPUR - MIC tidak berminat mengadakan sebarang perdebatan dengan mana-mana pihak pada masa ini kerana ia tidak akan menyelesaikan isu dan tidak memberi manfaat kepada masyarakat India di negara ini, kata setiausaha agung parti itu, Datuk S. Murugessan.

Beliau berkata apa yang masyarakat India mengharapkan ketika ini ialah peningkatan taraf hidup mereka menerusi pelbagai usaha berfaedah dan tindakan konkrit serta 'kurang percakapan daripada pemimpin mereka'.

"Semua perdebatan ini mungkin dilihat menarik tetapi bagaimana ia akan membantu orang biasa masih menjadi perbahasan," katanya di sini hari ini.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas jika terdapat keperluan untuk mengadakan perdebatan dengan pihak-pihak tertentu dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) mengenai isu-isu kaum India di negara ini.

Tambahan pula, beliau berkata parti itu merasakan tidak ada keperluan melibatkan diri dalam perdebatan dengan pemimpin pembangkang India yang tidak mempunyai sokongan daripada masyarakat India atau mewakili suara majoriti.

"Tiada DAP mahupun PKR adalah parti majoriti kaum India walaupun mereka mempunyai Ahli Parlimen dan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun). Mereka ini semua tidak mempunyai suara dalam parti mereka sendiri," katanya. - Bernama

Tiada ulasan: