Selasa, 10 Julai 2012

Lana akui berfoto seksi tetapi sudah lama

Posted by admin on July 9th, 2012
 


HANGAT! Pelakon filem Chow Kit, Lana Nordin menjadi bahan bualan apabila beberapa keping gambar dia berbikini sambil ditemani seorang jejaka, tersebar di internet.

HIP menghubungi Lana untuk mendapatkan kepastian benarkah gambar itu memaparkan dirinya dan siapakah pula gerangan si jejaka?

“Tidak ada apa yang perlu saya komen. Semuanya berlaku secara tidak sengaja. Gambar itu gambar lama yang dirakam ketika saya bercuti bersama rakan di Jakarta.

“Saya dapat tahu gambar itu tersebar di internet melalui rakan. Soalnya, kenapa baru sekarang orang baru bercakap mengenai foto itu?” katanyal

Lana atau nama sebenarnya, Mazlina Hasan Nordin menafikan dia bergambar begitu untuk mencari publisiti.

” Jika betul saya nak cari publisiti murah pun,saya tak akan sebarkan gambar itu. Baik saya keluarkan gambar-gambar lain yang lebih sensasi. Tapi untuk apa?” katanya.

Ditanya mungkinkan jejaka yang bergambar bersamanya itu kekasihnya, pantas Lana menjawab:

“Dia kawan saya. Kami bercuti ramai-ramai ketika itu,” katanya.

Dengan penjelasan itu, Lana berharap semua pihak faham situasi sebenar dan dia memegang watak sarat air mata selepas sering diberi watak penggoda dan antagonis.

Dalam drama bersiri Takdir Qismah saya memegang watak gadis yang dianiaya dan dipaksa menjadi pelacur. Watak Rosmah ini juga memerlukan saya banyak menangis.

” Memang mencabar, tapi seronok kerana berbeza dari apa yang saya pernah bawa sebelum ini,”katanya mengenai drama bersiri itu yang bakal disiarkan Ramadan kelak. Sumber: Berita Harian

Tiada ulasan: