Khamis, 5 Julai 2012

Khalid terima surat tunjuk sebab isu Faekah


MALAYSIA KINI
 
 
 
PKR mengeluarkan surat tunjuk sebab kepada Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berhubung isu sekitar setiausaha politiknya Faekah Hussin.

Menurut sumber, keputusan itu dicapai dalam mesyuarat biro politik PKR Ahad lalu yang mana suratnya dikeluarkan melalui Setiausaha Agung Datuk Saifuddin Nasution, lapor Sin Chew Daily.

NONEBiro itu dilapor berpendapat, kerajaan Selangor tidak patut mengamalkan pilih kasih dalam isu surat sokongan kerana sebelum ini terdapat pihak yang dipecat kerana amalan sama.

Faekah sebelum ini mengaku mengeluarkan surat kepada Permodalan Negeri Selangor Berhad (PNSB) milik kerajaan negeri agar sebuah firma guaman 'dipertimbangkan' menjadi panel peguam di PNSB.

Beliau bagai menafikan ia surat sokongan. Khalid juga mempertahankan pegawai kanannya itu dengan berkata ia amalan biasa dan tidak melanggar etika.

Tiada ulasan: