Khamis, 26 Julai 2012

"Kami Dengar Bunyi Tembak-Menembak" - Pelajar Malaysia Di Syria Oleh IWAN SHU-ASWAD SHUAIB SEPANG: "Kami mendengar bunyi tembak-menembak dan terdapat banyak askar di kawasan berhampiran dengan rumah kami," demikian kata seorang pelajar Malaysia yang menuntut di Kolej Mujamma' Syeikh Ahmad Kiffaro, Syria. Muhammad Hasan Hilmi Hassan Shukri, 21, yang mengambil jurusan Usuluddin tahun pertama berkata, keadaan di kawasan sekitar kediaman di Midan, Syria begitu teruk pada Rabu dan Khamis minggu lepas. "Saya dengar ada kawan yang cedera tetapi bukan pelajar Malaysia. Alhamdulillah, semua pelajar kita selamat. "Keadaan itu menyebabkan kami membuat keputusan untuk pulang ke Malaysia," katanya kepada para pemberita di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) di sini, Rabu. Hasan merupakan salah seorang daripada tujuh pelajar Malaysia di Syriayang selamat tiba di tanah air pada petang Rabu menerusi penerbangan Emirates EK346. Beliau mewakili semua pelajar mengucapkan berbanyak terima kasih kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak; Menteri Luar, Datuk Seri Anifah Aman dan Majlis Keselamatan Negara (MKN) sertaKedutaan Besar Malaysia di Syria kerana secara serius dan bertungkuslumus membawa mereka keluar dari Syria dengan segera dan selamat. "Syukur Alhamdulillah kepada Tuhan kerana memberi peluang kepada kami untuk menjejakkan kaki ke tanah air semula dengan selamat," katanya. Bagi rakan sekolejnya yang mengambil jurusan Syariah tahun pertama,Muhammad Afifudin Md Tahir, 23, mereka mengambil keputusan untuk berada di dalam rumah sebagai langkah keselamatan sepanjang krisis perang saudara itu merebak ke kawasan mereka. "Difahamkan, terdapat kawasan yang dikelilingi dengan kem tentera. Keadaan ketika ini tidak menentu. "Keadaan minggu lepas lebih teruk berbanding minggu ini. Sekarang sudah kurang bunyi tembak-menembak," katanya yang berasal dari Sungai Petani, Kedah. Sementara itu, bapa Afifuddin, Md Tahir Ali, 67, berkata, dia ada menghubungi anaknya itu dua hari lepas bagi mengetahui perkembangan di Syria. "Saya tanya pada dia (Afifuddin), adakah dia selamat di sana. Jika selamat, terus tunggu dahulu. Jika tidak selamat, terus pulang ke Malaysia. Dan dia mengatakansituasi di sana sudah tidak terkawal lagi maka saya suruh dia supayapulang dengan segera," katanya. Md Tahir yang merupakan seorang guru berkata, sebagai bapa dia hanyaberdoa dan berserah kepada Tuhan mengenai keselamatan anaknya. Jelasnya, dengan bantuan kerajaan dan Kedutaan Besar Malaysia diSyria, anaknya berjaya dibawa pulang dengan selamat. Isterinya, Ariffah Ahmad, 62, pula berkata, dia mendoakan keselamatan anaknya setiap hari. "Syukur Alhamdulillah, dia selamat. Insya-Allah kami berpeluang untuk menyambut Hari Raya bersama keluarga. Dia sepatutnya tidak pulang untuk beraya tahun ini," katanya mengenai Afifuddin yang merupakananak keempat daripada lima adik-beradik. Sementara itu, ibu kepada pelajar Abdul Halim Mohammad Ghazali, Ruslina Abduss Samad berasa bersyukur apabila mendapat tahu anaknya selamat dari Syria. "Saya cukup risau tentang keselamatan dia (Abdul Halim). Kali terakhir menghubungi dia kira-kira dua bulan lepas dan selepas itu terputus hubungan. "Bila mengetahui keadaan Syria yang semakin teruk, saya bertambah risau tentang keadaan dia," katanya yang berasal dari Klang, Selangor. Suaminya, Mohammad Ghazali Mohd Sahar, 51, pula berkata, dia akhirnya cuba untuk menghubungi anaknya menerusi laman sosial, Facebook. "Alhamdulillah, dia membalas mesej saya di Facebook mengatakan dia selamat. "Tetapi malam itu dia ada menghubungi saya yang dia ternampak kereta kebal. Dia hubungi secara curi-curi dan takut. "Saya menasihatkan supaya berpindah kalau tidak selamat dan keputusan terbaik adalah pulang ke Malaysia," katanya yang mengucapkan jutaan terima kasih kepada kerajaan terutama sekali Kementerian Luar dan Kedutaan Besar Malaysia di Syria kerana menjayakan proses perpindahan tersebut.




SEPANG: "Kami mendengar bunyi tembak-menembak dan terdapat banyak askar di kawasan berhampiran dengan rumah kami," demikian kata seorang pelajar Malaysia yang menuntut di Kolej Mujamma' Syeikh Ahmad Kiffaro, Syria.

Muhammad Hasan Hilmi Hassan Shukri, 21, yang mengambil jurusan Usuluddin tahun pertama berkata, keadaan di kawasan sekitar kediaman di Midan, Syria begitu teruk pada Rabu dan Khamis minggu lepas.

"Saya dengar ada kawan yang cedera tetapi bukan pelajar Malaysia. Alhamdulillah, semua pelajar kita selamat.

"Keadaan itu menyebabkan kami membuat keputusan untuk pulang ke Malaysia," katanya kepada para pemberita di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) di sini, Rabu.

Hasan merupakan salah seorang daripada tujuh pelajar Malaysia di Syriayang selamat tiba di tanah air pada petang Rabu menerusi penerbangan Emirates EK346.

Beliau mewakili semua pelajar mengucapkan berbanyak terima kasih kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak; Menteri Luar, Datuk Seri Anifah Aman dan Majlis Keselamatan Negara (MKN) sertaKedutaan Besar Malaysia di Syria kerana secara serius dan bertungkuslumus membawa mereka keluar dari Syria dengan segera dan selamat.

"Syukur Alhamdulillah kepada Tuhan kerana memberi peluang kepada kami untuk menjejakkan kaki ke tanah air semula dengan selamat," katanya.

Bagi rakan sekolejnya yang mengambil jurusan Syariah tahun pertama,Muhammad Afifudin Md Tahir, 23, mereka mengambil keputusan untuk berada di dalam rumah sebagai langkah keselamatan sepanjang krisis perang saudara itu merebak ke kawasan mereka.

"Difahamkan, terdapat kawasan yang dikelilingi dengan kem tentera. Keadaan ketika ini tidak menentu.
"Keadaan minggu lepas lebih teruk berbanding minggu ini. Sekarang sudah kurang bunyi tembak-menembak," katanya yang berasal dari Sungai Petani, Kedah.

Sementara itu, bapa Afifuddin, Md Tahir Ali, 67, berkata, dia ada menghubungi anaknya itu dua hari lepas bagi mengetahui perkembangan di Syria.

"Saya tanya pada dia (Afifuddin), adakah dia selamat di sana. Jika selamat, terus tunggu dahulu. Jika tidak selamat, terus pulang ke Malaysia. Dan dia mengatakansituasi di sana sudah tidak terkawal lagi maka saya suruh dia supayapulang dengan segera," katanya.

Md Tahir yang merupakan seorang guru berkata, sebagai bapa dia hanyaberdoa dan berserah kepada Tuhan mengenai keselamatan anaknya.

Jelasnya, dengan bantuan kerajaan dan Kedutaan Besar Malaysia diSyria, anaknya berjaya dibawa pulang dengan selamat.

Isterinya, Ariffah Ahmad, 62, pula berkata, dia mendoakan keselamatan anaknya setiap hari.

"Syukur Alhamdulillah, dia selamat. Insya-Allah kami berpeluang untuk menyambut Hari Raya bersama keluarga. Dia sepatutnya tidak pulang untuk beraya tahun ini," katanya mengenai Afifuddin yang merupakananak keempat daripada lima adik-beradik.

Sementara itu, ibu kepada pelajar Abdul Halim Mohammad Ghazali, Ruslina Abduss Samad berasa bersyukur apabila mendapat tahu anaknya selamat dari Syria.

"Saya cukup risau tentang keselamatan dia (Abdul Halim). Kali terakhir menghubungi dia kira-kira dua bulan lepas dan selepas itu terputus hubungan.

"Bila mengetahui keadaan Syria yang semakin teruk, saya bertambah risau tentang keadaan dia," katanya yang berasal dari Klang, Selangor.

Suaminya, Mohammad Ghazali Mohd Sahar, 51, pula berkata, dia akhirnya cuba untuk menghubungi anaknya menerusi laman sosial, Facebook.

"Alhamdulillah, dia membalas mesej saya di Facebook mengatakan dia selamat.

"Tetapi malam itu dia ada menghubungi saya yang dia ternampak kereta kebal. Dia hubungi secara curi-curi dan takut.

"Saya menasihatkan supaya berpindah kalau tidak selamat dan keputusan terbaik adalah pulang ke Malaysia," katanya yang mengucapkan jutaan terima kasih kepada kerajaan terutama sekali Kementerian Luar dan Kedutaan Besar Malaysia di Syria kerana menjayakan proses perpindahan tersebut.

Tiada ulasan: