Sabtu, 28 Julai 2012

HKL berjaya pisahkan dua orang kembar Siam melekat di tulang pinggul


 
 
KUALA LUMPUR —  Hospital Kuala Lumpur (HKL) telah berjaya memisahkan sepasang kembar Siam yang melekat di tulang pinggul selepas pembedahan 24 jam secara berterusan, menurut kebanyakan laporan akhbar hari ini.

Kedua-dua bayi lelaki yang berusia 15 bulan itu, Muaimin dan Muaiman Azli, telah berkongsi kemaluan, usus dan tiga kaki, dengan salah satu kaki terencat.

Selepas pembedahan pada 14 Julai yang melibatkan 19 doktor pakar, Muaimin hanya mempunyai satu kaki dan memerlukan kaki palsu.

Kembarnya, Muaiman bagaimanapun telah mendapat sepasang lagi kaki.

"Muaimin cuma ada satu kaki. Jadi proses pemulihannya akan mengambil masa yang lebih lama. Muaiman yang ada dua kaki, memerlukan pembedahan untuk kaki abnormalnya," kata ketua pembedahan pediatrik Datuk Dr Zakaria Zakari yang telah dipetik dari akhbar The Star.

Dia berkata bahawa "kedua kembar memerlukan penstrukturan semula usus, tulang pinggul dan saluran perkumuhan mereka." Kedua-dua bayi tersebut tidak mempunyai lubang dubur dan memerlukan pembedahan yang seterusnya. The Star juga melaporkan bahawa kembar tersebut ialah kembar Siam yang ke 21 yang telah dipisahkan di Malaysia, dan ke 14 di HKL.

Tiada ulasan: