Rabu, 4 Julai 2012

Guan Eng nafi ada hubungan sulit

KL TODAY

 


Ketua Menteri Pulau Pinang,  Lim Guan Eng hari ini menafikan beliau atau isterinya, Betty Chew iaitu Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) pernah mencederakan bekas stafnya.

Guan Eng juga menafikan beliau pernah terlibat dalam hubungan sulit dengan bekas staf.”Saya tidak pernah mempunyai hubungan sulit dengan bekas kakitangan dan isteri saya juga tidak pernah menyerang saya atau sesiapa pun dalam hidupnya,” kata Guan Eng bagi menafikan dakwaan kononya dirinya terlibat dengan hubungan sulit bersama bekas kakitangan Pejabat Ketua Menteri Pulau Pinang.

Guan Eng berkata, tuduhan yang dilemparkan oleh MCA itu sebagai usaha untuk membunuh karier politiknya selain cuba mengaitkan isterinya dalam kancah politik kotor Barisan Nasional (BN).

Menurutnya, setelah BN gagal untuk menghancurkan hidup anaknya dan gagal menjejaskan reputasinya, jentera media BN kini telah melaksanakan satu lagi kempen keji iaitu melalui perbuatan memburukkan isterinya didalam persidangan Dewan Undangan Negeri (Dun) Melaka.

Guan Eng menyifatkan tindakan Adun Duyong, Gan Tian Loo yang membangkitkan isu berkenaan didalam Dun itu telah menyalahgunakan imunitinya dengan membuat dakwaan palsu mengenai skandal moral terhadapnya dan isteri di dalam dewan berkenaan.

Guan Eng turut mengulangi desakan isterinya yang menyuruh Tian Loo mengulangi dakwaan tersebut di luar dewan.

“Saya mahu Gan untuk mengulangi tuduhan itu di luar supaya saya dan isteri boleh membuat saman fitnah kerana mengeluarkan kenyataan yang kurang ajar atau biadap itu.

“Biar saya dan isteri saya membuktikan di mahkamah bahawa MCA tipu. Lim Guan Eng bukan (Presiden MCA) Dr Chua Soi Lek,” katanya pada sidang media di sini semalam.

Tiada ulasan: