Khamis, 26 Julai 2012

Diskaun 25% cukai taksiran

 
Pengurangan cukai taksiran ini adalah untuk pemilik atau waris pemilik unit pangsapuri kos rendah yang tidak mempunyai tunggakan.




SHAH ALAM: Pemilik unit pangsapuri kos rendah akan mendapat potongan 25 peratus cukai taksiran, demikian menurut exco kerajaan negeri Selangor Iskandar Abdul Samad.

Menurut beliau, kelayakan pengurangan cukai taksiran itu adalah kepada pemilik yang mendiami kediaman atau waris pemilik yang tidak mempunyai tunggakan.

Katanya, pemilik hanya perlu pengesahan bahawa mereka mendiami kediaman dan boleh disahkan oleh antaranya ahli majlis Pihak Berkuasa Tempatan (PBT).

“Mereka perlu mengemukakan dokumen yang sah disisi undang-undang untuk mengesahkan bahawa mereka adalah pemilik atau waris yang sah.

“Pengurangan diberi tanpa menunggu kesemua maklumat pembeli-pembeli di sesebuah pangsapuri diperolehi.

“Mana-mana pemilik yang datang membuat pembayaran bersama borang khas yang telah diisi akan mendapat pengurangan,” katanya.

Tiada ulasan: