Selasa, 3 Julai 2012

BN berisiko kehilangan sokongan masyarakat India selepas gesaan ‘Gantung Ambiga’

 
 
KUALA LUMPUR  — Barisan Nasional (BN) berisiko kehilangan sokongan masyarakat India yang penting bagi memenangi pilihan raya umum akan datang, selepas serangan terhadap Datuk Ambiga Sreevasan ketahap kemuncak minggu lalu apabila ahli parlimen Umno, Datuk Mohamad Aziz mencadangkan agar dia digantung kerana menderhaka, kata pimpinan MIC kepada The Malaysian Insider.

Akhbar-akhbar Tamil di negara ini menghebohkan berita dan analisis mengenai kenyataan di parlimen  ahli parlimen Sri Gading dan ini mencerminkan populariti pemimpin gerakan reformasi pilihan raya – Bersih.

Ini menyebabkan kebimbangan pemimpin BN yang bekerja keras bagi mendapatkan kembali sokongan daripada 1.8 juta masyarakat India di negara ini, yang membentuk tujuh peratus daripada jumlah populasi penduduk dan juga pengundi.

Tegas MIC, presiden parti, Datuk G. Palanivel terpaksa bertindak segera bagi meyakinkan masyarakat India bahawa parti tersebut tidak menyokong kenyataan ahli parlimen Sri Gading selepas isu ini heboh menjadi berita utama.

"Kenyataan tersebut menjejaskan sokongan pengundi India, yang sokongannya lebih cenderung kepada BN, "tegas Palanivel  walaupun akhbar komuniti telah dipenuhi dengan berita tersebut.

Ketika perbahasan hangat di Dewan Rakyat Selasa lepas, Mohamad mencadangkan bahawa Ambiga (gambar) digantung kerana menderhaka dan memainkan peranan semasa perhimpunan Bersih 3.0 pada 28 April lalu, yang menyaksikan kekecohan di ibukota.

Kenyataan pemimpin Umno itu telah diberi “pengiktirafan “ dengan tersiarnya berita di muka depan kebanyakan akhbar-akhbar berbahasa Tamil dan artikel berwarna dengan respon keras yang sama keadaannya beberapa bulan sebelum pilihan raya 2008 dimana lebih 30,000 masyarakat India berarak menentang apa yang dikatakan ketidakadilan polisi BN.

Sebelum ini, masyarakat India seringkali  dilihat sebagai undi  "simpanan tetap" bagi BN tetapi perarakan yang dianjurkan oleh Hindraf - kini diharamkan -berjaya meniupkan semangat kaum minoriti tersebut yang telah lama ditinggalkan oleh pembangunan.

Peristiwa besar (demo Hindraf) yang berlaku seiring dengan perhimpunan Bersih pertama bagi menuntut reformasi pilihan raya lewat 2007 dikatakan punca kepada keputus an teruk parti pemerintah pada pilihan raya 8 Mac 2008.

Perhimpunan Bersih mencetuskan penyokong anti-Bersih yang telah mengadakan pelbagai jenis tunjuk perasaan di luar rumah Ambiga. Dalam salah satu bantahan di hadapan rumah pemimpin Bersih tersebut, peniaga mendirikan gerai burger walaupun Ambiga seorang Hindu dan vegetarian. Dalam protes berlainan, “senaman punggung” dilakukan diluar pagar rumah beliau oleh tentera veteran.

"Kami khuatir ... kerana PM telah melakukan banyak perkara dan kami bekerja keras selama ini.
Kadangkala, apabila kenyataan seperti ini dikeluarkan, sudah tentu ia akan menyentuh sensitiviti pengundi India" kata Setiausaha Agung MIC, Datuk S. Murugesan kepada The Malaysian Insider.

"Saya tidak fikir masyarakat India menyokong perhimpunan Bersih ... tetapi kerana (Mohamad) melakukan serangan peribadi, simpati masyarakat kepada Ambiga telah meningkat, "katanya.

Akan tetapi MIC - parti komponen BN berasaskan kaum India, percaya bahawa pentadbiran Najib telah berjaya menarik kembali sokongan masyarakat India kepada parti pemerintah.

"Perdana Menteri (Datuk Seri Najib Tun Razak) telah tampil ke hadapan dalam menguruskan hal-ehwal masyarakat India secara langsung menerusi pelbagai polisi, sama ada melalui NGO, kumpulan atau kuil.

"Masyarakat India telah kembali menyokong BN. Akan tetapi kenyataan seperti ini ... isu-isu daripada orang BN, telah banyak menjejaskan usaha baik Najib,” kata senator dari MIC, Datuk Daljit Singh kepada The Malaysian Insider.

"Ayat yang digunakan oleh dia (Mohamad) tidak logik sama sekali. Dia boleh menggunakan perkataan seperti 'denda atau hukum dia (Ambiga)' ... Tambahan pula, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur telahpun menuntut ganti rugi daripada Bersih, "katanya.

Beliau menegaskan bahawa walaupun kemarahan meluas terhadap Bersih dan Ambiga, ramai di kalangan masyarakat India melihat bekas pengerusi Majlis Peguam itu sebagai "seorang yang berani".

"Dia tidak berjuang untuk apa-apa yang tidak masuk akal. Dia tidak meminta pampasan daripada kerajaan atau apa-apa - dia cuma tuntut pilihan raya yang bebas dan adil, di mana ia sama dengan perjuangan BN dan Suruhanjaya Pilihan Raya," kata Daljit.

Beliau setuju dengan pendangan rakan-rakan anggota parti bahawa Ambiga, walaupun sebagai pengerusi bersama Bersih 2.0, gabungan yang menganjurkan perhimpunan Bersih, bukanlah satu-satunya orang untuk dipersalahkan  dalam huru-hara pada 28 April.

"Mengapa dia (Mohamad) tidak jadikan (Ketua Pembangkang, Datuk Seri) Anwar Ibrahim) sebagai sasaran? Beliau juga berada di sana .

“Ambiga telah melalui secukupnya," katanya lagi.

Palanivel, dalam satu kenyataan minggu lepas, juga menggesa Najib dan pemimpin BN untuk menghentikan serangan terhadap Ambiga, beliau juga setuju dengan Daljit bahawa pemimpin tersebut bukanlah penganjur tunggal perhimpunan Bersih.

"Mengapa Ambiga dijadikan kambing hitam?" soal beliau.

"Mengapa tidak “orang-orang ini” tidak meletakkan gerai burger dan melakukan senaman punggung dihadapan rumah pemimpin Bersih yang lain?

Ahli Jawatankuasa Kerja Pusat (CWC) MIC, S. Vell Paari telah berkata sepatutnya Mohamad yang perlu digantung kerana kekurangan pengetahuan am.

Anak kepada pemimpin MIC yang paling lama memegang jawatan presiden, Datuk Seri S. Samy Vellu dipetik di Tamil Nesan Khamis lalu berkata, "Saya rasa apabila beliau (Mohamad) masih muda, seseorang mesti telah jatuhkan beliau dalam apa-apa cara dan dia telah terhantuk kepalanya. "

Pada hari berikutnya, harian yang sama petik kenyataan Presiden Malaysian Hindu Sangam, R.S.
Mohan Shan telah menuntut supaya Mohamad keluarkan kenyataan umum meminta maaf, kerana ini boleh mencetuskan ketegangan kaum.

"Adakah Datuk Ambiga telah melakukan jenayah pembunuhan yang dia harus digantung? Ini adalah satu perkara yang patut ditapis, " kata Ketua Komunikasi MIC Pahang R. Gunasekaran.

Media lain memetik cabaran Datuk Thasleem Mohamed Ibrahim, Pengerusi Badan Kebangsaan Bertindak Hak-Hak India (Niat) kepada Mohamad untuk mengulangi ucapannya di luar Dewan Rakyat, di mana dia tidak ada kekebalan parlimen.

"Jika dia tidak mengulangi ucapannya di luar, ia menunjukkan dia hanya menyalahgunakan keistimewaan dengan menyalahkan pemimpin NGO yang dihormati dalam memperjuangkan hak-hak sivil, " beliau dipetik dalam Free Malaysia Today.

Susulan oleh arahan Timbalan Speaker Datuk Wan Junaidi Tuanku Jaafar, Mohamad telah menarik balik kata-katanya itu, tetapi adalah dipercayai bahawa kejadian ini mungkin telah buka semula luka lama masyarakat India yang selama ini pentadbiran Najib telah berjuang untuk pulihkan sokong

Tiada ulasan: