Isnin, 2 Julai 2012

Anuar Zain dibidas!

Wartawan Sinar Harian

Anuar Zain dibidas!
Anuar Zain
 
 
PENGAKUAN penyanyi Lelaki Ini yang kecewa dengan stesen radio tempatan, mendapat reaksi pelbagai pihak.

Anuar Zain ketika majlis pelancaran album terbarunya, mendakwa albumnya kurang mendapat sambutan kerana kurang kerjasama dari stesen radio tempatan. Lebih mengecewakan, Anuar memberitahu, sudah empat tahun dia tidak mendengar radio.

Bagaimanapun, kenyataan Anuar Zain dibidas kembali beberapa stesen radio swasta. Selain radio Era, Suria FM juga tampil mempertahankan stesen mereka. Punya misi tersendiri, mereka tidak pinggir mana-mana artis tempatan, termasuk Anuar Zain.

Namun kenyataan adik penyanyi popular Ziana Zain itu membuatkan mereka terkilan.

Tiada ulasan: