Isnin, 16 Julai 2012

Adakah Pemuda UMNO Menipu ?

Oleh Suhaizan Kaiat


PEMUDA PAS Johor ingin memberi reaksi terhadap perubahan kepimpinan Ketua Pemuda UMNO Johor yang telah bertukar daripada Saudara Mohd Fadil Muskon( Ketua Pemuda UMNO Air Hitam) kepada Datuk Zulkurnain Kamisan(Ketua Pemuda UMNO Parit Sulong). 

Saya telah jelaskan pada 28hb Jun 2012 bahawa 16 Ketua Pemuda UMNO bahagian di Johor telah menolak kepimpinan Ketua Pemuda UMNO Johor  Sdr Mohd Fadil Muskon.

Mereka telah  mendesak Ketua Pemuda UMNO Johor meletakkan Jawatan. 


Kepimpinan Pemuda UMNO Malaysia dan Johor telah menafikan pergolakkan ini dengan menuduh saya dan Pemuda PAS Johor dengan perbagai  tuduhan seperti berikut :
AKhbar : Sinar Harian Edisi Johor
Tarikh : Sabtu 30 Jun 2012
Tajuk : Pemuda PAS hanya mahu populariti. Ketua Pemuda UMNO bahagian nafi dakwaan Suhaizan
Kenyataan : Ketua Pemuda UMNO Johor Baharu Sdr. Khalid Mohammad
Tuduhan :Ini terbukti mereka(Pemuda PAS) sudah tiada isu sehingga terpaksa mereka-reka cerita mengatakan Pemuda Johor sedang berpecah.
Akhbar :Sinar Harian Edisi Johor
Tarikh : Sabtu 30 Jun 2012
Tajuk: Pemuda PAS hanya mahu populariti. Ketua Pemuda UMNO bahagian nafi dakwaan Suhaizan
Kenyataan : Ketua Pemuda UMNO Tebrau Ust Syahrin Jamaluddin
Tuduhan : Merepek... mereka sudah tiada isu untuk diperkatakan. PAS memang terkenal dengan sumber-sumber ‘dipercayai’ sehingga berani membuat kenyataan ada mesyuarat untuk mendesak Mohd Fadil meletak jawatan.
 
Akhbar : Sinar Harian Edisi Johor
Tarikh : Sabtu 30 Jun 2012
Tajuk : Pemuda PAS hanya mahu populariti. Ketua Pemuda UMNO bahagian nafi dakwaan Suhaizan
Kenyataan : Ketua Pemuda UMNO Pagoh, Sdr. Ismail Mohamed
Tuduhan : Pandai Pemuda PAS buat cerita. Baguslah orang PAS ambil berat hal pemuda UMNO. Saranan saya, baik Pemuda PAS jaga hal dalam kain sendiri.
Akhbar : Sinar Harian Edisi Johor
Tarikh : Ahad 1 Julai 2012
Tajuk : Isu Pemuda UMNO goyang direka PAS
Kenyataan : Ketua Pemuda UMNO Malaysia, YB Khairy Jamaluddin
Tuduhan : Apa yang didakwa berlaku itu hanya semata-mata permainan politik PAS yang semakin tersepit berikutan konterversi membabitkan bekas Menteri Besar Perak Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin dengan Istana Johor. Mereka hanya nak alih isu, nak tutup masalah sendiri.
Akhbar : Sinar Harian Edisi Johor
Tarikh : Isnin2  Julai 2012
Tajuk : Saya jamin tidak betul. Razali kecewa khabar angin krisis kepimpinan Pemuda UMNO Johor
Kenyataan : Naib Ketua Pemuda UMNO Malaysia. Datuk Razali Ibrahim
Tuduhan : Orang-orang luar mempunyai tujuan tertentu dengan membesarkan isu ini. Jika isu tersebut benar tidak mengapalah ia dibincangkan, namun ia langsung tidak betul.
 Akhbar : Sinar Harian Edisi Johor
Tarikh : Ahad 3 Julai 2012
Tajuk : Jangan buat fitnah. Kenapa sibuk mahu jaga tepi kain orang
Kenyataan : Ketua Pemuda UMNO Pasir Gudang, Rohazam Shah Ahmad
26 Ketua Pemuda UMNO bahagian di negeri ini sentiasa sepakat dan bersatu, sekali gus menafikan desas-desus yang menyatakan Pemuda UMNO negeri kini berhadapan dengan krisis kepimpinan.
Kini dengan perubahan kepimpinan UMNO Negeri Johor bermula esok membuktikan kebenaran kenyataan saya sebelum ini. Mustahil bagi mana-mana parti politik membuat perubahan kepimpinan disaat-saat genting menghadapi pilihanraya terutamanya di Johor yang menjadi sasaran Pakatan Rakyat (PR) untuk menawannya.
Saya mewakili rakyat Negeri Johor mahukan penjelasan daripada  semua Ketua-ketua Pemuda UMNO yang telah menafikan dalam akhbar dan menuduh Pemuda PAS Johor dengan pelbagai tuduhan. Rakyat Johor mahu tahu siapa yang menipu dalam pergolakkan Pemuda UMNO Johor. Adakah Pemuda UMNO menipu rakyat Johor? Mereka yang menipu tidak layak menjadi pemimpin negeri dan negara ini.
SUHAIZAN KAIAT
KETUA PEMUDA PAS JOHOR
019-7285174

Tiada ulasan: