Sabtu, 14 Julai 2012

40,000 sukarelawan hadir di 1M4U


ahmad shabery (tengah) dan Mohid (kiri sekali) bersama para penari Flash Mob di Dataran Maybank, Bukit Bintang, Kuala Lumpur semalam.


KUALA LUMPUR – Seramai 40,000 sukarelawan belia dijangka terlibat pada pelancaran 1Malaysia For Youth (1M4U) di Esplanade KLCC di sini esok.

Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek berkata, beliau difahamkan ramai pihak memberi respons positif melalui Youtube, Twitter dan Facebook serta menyatakan komitmen untuk hadir.

“Pastinya program pada Ahad ini akan meriah dengan penglibatan sekalian anak muda kerana ia merupakan satu detik penting dalam menyatukan pelbagai gerakan dan usaha kesukarelawan di negara ini.

“Apa yang penting, mesej kesukarelawan dapat dicapai untuk mengembangkan budaya sukarelawan dalam masyarakat,” katanya selepas menyaksikan persembahan Flash Mob bagi mempromosikan 1M4U melibatkan 100 belia di Dataran Maybank, Bukit Bintang di sini semalam.

Tiada ulasan: