Jumaat, 8 Jun 2012

Pilih wanita Malaysia

SINAR HARIAN

Sammy Simorangkir dan Nadia Annuar.
Sammy Simorangkir dan Nadia Annuar.
 
 
CINTA berlainan negara bukanlah perkara asing lagi bagi selebriti. Sebelum ini, penyanyi, Bunga Citra Lestari dan Ashraf Sinclair berjaya membuktikan cinta dua negara boleh disatukan dalam ikatan perkahwinan.

Begitu juga dengan bekas vokalis kumpulan Kerispatih, Sammy Simorangkir, yang turut mengimpikan perkara yang sama apabila memilih wanita dari Malaysia sebagai teman hidupnya.

Sammy yang hadir ke Malaysia untuk promosi album terbarunya telah menemui cintanya yang merupakan personaliti TV3, Nadia Annuar.

Malah tanpa segan silu, mereka meluahkan rasa cinta dan rindu menerusi laman Twitter.

Bagaimanapun, keduanya masih belum mengeluarkan sebarang kenyataan rasmi mengenai hubungan cinta itu.

Tiada ulasan: