Rabu, 13 Jun 2012

Permohonan injunksi Lynas didengar 27 Julai
 


 
MALAYSIA KINI
 
Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur akan mendengar permohonan injunksi Lynas Corporation Limited dan Lynas Malaysia Sdn Bhd bagi menghalang pengusaha portal berita online Free Malaysia Today (FMT) daripada terus menerbitkan artikel berunsur fitnah terhadap Lynas, pada 27 Julai ini.

Hakim Dr Prasad Sandosham Abraham menetapkan tarikh itu dalam kamar selepas bertemu pihak berkenaan hari ini.

Peguam Rueben Mathiavaranam, yang mewakili MToday News Sdn Bhd, memberitahu pemberita mahkamah menangguhkan pendengaran permohonan injunksi secara inter-parte hari ini selepas dimaklumkan plaintif (Lynas) memerlukan masa untuk memfailkan jawapan terhadap afidavit MToday.
  
Beliau berkata MToday menyerahkan afidavit itu kepada Lynas semalam.
  
Pada 19 April lepas, Lynas Corporation Sidney, Australia dan Lynas Malaysia  menyaman MToday berhubung penyiaran satu artikel yang didakwa berunsur fitnah di laman webnya pada 6 Mac.
  
Selain perintah injunksi, Lynas menuntut ganti rugi am, ganti rugi teruk dan kos. Bernama

Tiada ulasan: