Khamis, 7 Jun 2012

Pampasan insurans RM50,000 dilarikan

Wartawan Sinar Harian

KUANTAN - Seorang lelaki kehilangan wang pampasan insurans sebanyak RM50,000 apabila dilarikan dua individu di sini semalam.

Wang itu baru sahaja dikeluarkan dari sebuah bank di sini.   

Kejadian berlaku selepas mangsa yang berumur 31 tahun dari Jengka pulang dari bank tersebut dan menukar tayar keretanya yang pancit di sebuah kedai tayardi Bukit Sekilau dekat sini.

Pegawai Urusetia Jabatan Siasatan Jenayah Pahang, ASP Noor Asyikin Shamsuri berkata semasa menunggu tayar keretanya ditukar, dia didatangi sepasang lelaki dan wanita yang berpakaian seperti orang Pakistan untuk bertanyakan arah ke Kuala Lumpur.

"Selepas bertegur sapa dengan pasangan berkenaan, mangsa kemudiannya menyedari wang tersebut yang disimpan di dalam keretanya telah hilang," katanya.

Beliau berkata hasil pemeriksaan melalui kamera litar tertutup di kedai tayar berkenaan mendapati wang tersebut telah diambil oleh lelaki yang bertanyakan arah itu.-- Bernama

Tiada ulasan: