Isnin, 4 Jun 2012

Kos projek KUIN jimat RM6 juta


 oleh zaminc
 
ALOR SETAR –Kedah Sato Sdn. Bhd telah dipertanggungjawabkan untuk membina Kampus Tetap Kolej Universiti Insaniah (KUIN) di Kuala Ketil dan mereka mempunyai hak untuk melantik mana-mana syarikat kontraktor yang diyakini mampu menyiapkan projek tersebut.

Setakat ini pembinaan kampus berkenaan telah mencapai 67.13 peratus iaitu 2.17 peratus lebih cepat dari jadual asal dan sekaligus menjimatkan kos projek sebanyak RM6 juta.

Menjawab pula soalan yang dikemukan berkenaan lantikan kontraktor untuk projek pembinaan KUIN, beliau berkata, projek mega seperti itu tidak boleh dibuka tender pada sembarangan kontraktor. Sekiranya syarikat yang dilantik kurang modal dan tiada pengalaman, situasi tersebut boleh mengakibatkan projek tergendala dan gagal siap mengikut perancangan.
 
"Dana untuk pembinaan diusahakan sendiri oleh Kedah Sato, bukan dari kerajaan negeri. Mereka perlu mencari dana buat pinjaman bank untuk membina kampus itu. Oleh itu bagi memastikan ianya berjalan lancar, mereka melantik kontraktor yang dipercayai dan berkemampuan serta berpengalaman untuk menguruskannya," tambahnya lagi semasa sidang media selepas mesyuarat Exco di Wisma Darul Aman.
 
Jawapan tersebut sekaligus membidas dakwaan dari Pemuda Gerakan Kedah, Tan keng Liang yang mempertikaikan kerajaan negeri tidak menggunakan tender terbuka untuk pembinaan kampus berkenaan.
 
"Dia mungkin tak faham, tapi tak mengapalah, anak saya tidak lama lagi akan tamat pengajiannya sebagai seorang lawyer, jadi saya nak nasihatkan dia " wait for my son", nanti anak saya pun boleh jawab dakwaan dia, tak perlu saya," jelas beliau berseloroh.
 
Sementara itu tegasnya, kerajaan negeri mampu membayar pinjaman RM330 bagi projek Kampus Tetap Kolej Universiti Insaniah (KUIN) di Kuala Ketil kerana memperolehi pendapatan hasil negeri yang lumayan terutama keuntungan hasil balak.

"Kita akan bayar sebanyak RM45 juta setahun bermula 2013. Kita mampu bayar kerana pendapatan negeri terutama hasil balak meningkat sehingga RM80 pada penghujung 2011.
 
"Kerajaan sekarang mampu mengurus pentadbiran jauh lebih baik dari kerajaan dulu. Semasa mereka mentadbir, keluasan dan kapisiti penebangan balak yang sama tapi hasil pendapatan hanya sekitar RM8 juta sahaja," tegasnya bagi menjawab pertikaian pembangkang mengenai pinjaman berkenaan.

Tiada ulasan: