Isnin, 11 Jun 2012

KEADILAN gesa Najib segera umum tarikh pilihan raya

KEADIALAN DAILY

KUALA LUMPUR : KEADILAN menggesa Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak segera membubarkan Parlimen dan tidak lagi terus berteka-teki mengenai tarikh Pilihan Raya Umum ke 13 (PRU 13).




Timbalan Presidennya, Azmin Ali berkata, KEADILAN di semua peringkat negeri dan akar umbi sudah bersiap sedia untuk menghadapi PRU13.

“Kita minta Perdana Menteri hentikan teka-teki mengenai tarikh PRU13 ini dan segera bubarkan Parlimen kerana rakyat sudah bersedia untuk hadapi pilihan raya,” katanya.

Beliau yang juga Pengarah Pilihan Raya KEADILAN juga menggesa Najib membuat kenyataan terbuka bahawa Umno sedia menerima kekalahan dalam PRU13.

“Kita juga tidak mahu Umno teruskan budaya samseng seperti yang dilakukan sebelum ini dan Najib perlu bertanggungjawab membuat kenyataan terbuka bahawa Umno sedia terima kekalahandan hormati keputusan rakyat,” katanya.

Dalam pada itu, Azmin berkata, sebanyak 13 juta risalah yang mengandungi manifesto Pakatan Rakyat (PR) mengenai 13 isu rakyat turut diedar ke seluruh kawasan cabang KEADILAN menerusi Kempen 1 Pengundi 1 Risalah.

“Selain pengedaran risalah ini, kita turut menggunakan sistem data berkomputer yang membolehkan kita mengesan pergerakan pengundi-pengundi hantu dari satu kawasan ke kawasan lain.

“Dengan adanya sistem ini akan dapat membantu kita menangani masalah pengundi hantu dengan lebih awal sebelum PRU berlangsung,” katanya kepada pemberita ketika menghadiri Majlis Pelepasan Konvoi
Kempen Pilihan Raya KEADILAN Peringkat Negeri Johor, semalam seperti dilapor Sinar Harian.
Dalam perkembangan sama, Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dilapor berkata, PRU 13 akan diadakan tidak lama lagi tetapi tarikhnya juga tidak terlalu cepat.

Menurutnya, tarikh sebenar masih menjadi teka-teki sedangkan banyak pihak meramalkan PRU 13 akan diadakan awal Julai. Malah ada yang menjangkakan selepas Aidilfitri. Mandat semasa akan berakhir April 2013.

Bagaimanapun, Sidang Parlimen bermula hari ini di tengah-tengah spekulasi bahawa PRU 13 akan diadakan dalam waktu terdekat.

Tiada ulasan: