Jumaat, 1 Jun 2012

Kartunis tak akan hiraukan larangan SPR

MALAYSIA KINI

Kumpulan kartunis tidak mengiktiraf dan tidak akan menghiraukan tindakan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) yang melarang penggunaan karikatur dalam dalam kempen pilihan raya umum akan datang.

Malah, kartunis terkenal Zulkiflee SM Anwar Ulhaque hari ini mengumumkan akan mengetuai sekumpulan kartunis untuk bergerak aktif dan membuka bilik gerakan sendiri dalam tempoh berkempen.

NONE"Kami akan membuka bilik gerakan kartunis sendiri dan akan bergerak secara berkumpulan dengan menggunakan van dan berkempen ketika kempen pilihan raya umum," kata Zunar (kanan) merujuk kepada inisiatiuf Kumpulan Kartunis Independen (KKI) yang baru ditubuhkan baru-baru ini.

Zunar berkata, mereka akan memfokuskan karya kepada isu semasa seperti urusniaga pembelian kapal selam Scorpene Malaysia-Perancis dan isu berkaitan isteri perdana menteri Rosmah Mansor.

Katanya, kartun itu kemudiannya akan diedarkan dalam pelbagai bentuk termasuk risalah, poster, sepanduk dan video.

Timbalan pengerusi SPR Datuk Wan Ahmad Wan Omar (bawah) semalam dilaporkan mengingatkan parti politik agar tidak memasang poster atau sepanduk yang memaparkan karikatur individu dalam pilihan raya umum kerana ia tidak sesuai dan dilihat tidak serius.

Bercanggah dengan undang-undang, lucu


Katanya, SPR akan menggunakan peruntukan bawah Seksyen 4(a) Akta Pilihan Raya 1994 untuk menurunkan poster atau sepanduk seperti itu untuk menjaga imej calon bertanding, di samping mewujudkan disiplin.

Sementara itu, dalam kenyataannya hari ini, Zunar berkata, tindakan SPR itu bukan sahaja menyalahi undang-undang, malah melucukan.

NONE"Kartun adalah salah satu medium bagi parti-parti politik untuk menyampaikan mesej dalam pilihan raya.

"Dan ia adalah medium yang halal dipraktiskan secara undang-undang di Malaysia dan kerana itu SPR tak berhak melarangnya," kata Zulkiflee.

Zulkiflee berkata, SPR patut memberikan perhatian kepada mesej bahan kempen dan bukannya medium.

"Mesej yang tidak bertanggungjawab serta bersifat serangan peribadi dalam apa jua bentuk medium perlu diambil tindakan," katanya yang terkenal dengan kartun berbentuk satira politik.

"SPR seharusnya gunakan tenaga dan usaha untuk memenuhi lapan tuntutan BERSIH daripada berbicara soal kartun dan karikatur."

Tiada ulasan: