Jumaat, 1 Jun 2012

Bekas KP BPR nafi lindungi Azmin

MALAYSIA KINI
    

Bekas ketua pengarah Badan Pencegah Rasuah (BPR) Datuk Shafee Yahaya menafikan dakwaan penulis blog Raja Petra Kamarudin bahawa beliau menutup kes dakwaan rasuah ke atas Azmin Ali pada 1995 atas arahan Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Sebaliknya, beliau menyarankan kepada Anwar, yang merupakan timbalan perdana menteri dan menteri kewangan pada waktu itu, supaya mengambil tindakan disiplin ke atas Azmin.

Shafee dilaporkan akhbar New Straits Times sebagai berkata, tindakan disiplin ke atas setiausaha sulit Anwar itu merupakan salah satu daripada tiga pilihan dalam siasatan kes rasuah.

Katanya, tindakan itu boleh diambil ke atas kes melibatkan penjawat awam yang tiada unsur rasuah tetapi dalam situasi di mana individu berkenaan mempunyai hutang yang besar dan gaya hidup yang melebihi kemampuan, kenyataannya dipetik.

Dua lagi pilihan adalah mengheret individu berkenaan ke mahkamah dan menutup kes tersebut.

Shafee berkata, walaupun siasatan mendedahkan bahawa Azmin menanggung hutang yang besar, ia tidak mendedahkan "unsur rasuah yang kuat" sehingga boleh didakwa.

Shafee juga menafikan bahawa beliau mengarahkan supaya siasatan kes tersebut ditutup.

Tiada ulasan: